
|
Pada 4 Disember 2024, Majlis Sambutan Deepavali dan Hari Natal Peringkat Hospital Teluk Intan (HTI) telah diadakan di Dewan Jauhari HTI. Perasmian telah disempurnakan oleh Dr. Khairul Baharin bin Mohd Baharuddin, Pengarah HTI. Turut memeriahkan majlis ini adalah pegawai-pegawai kanan HTI, wakil-wakil Ahli Lembaga Pelawat Hospital. warga kerja HTI dan warga kerja syarikat pembekal perkhidmatan sokongan hospital. Pengerusi bagi sambutan kali ini adalah Dr. Kumaran a/l K. Sinnniah, Ketua Jabatan Anestesiologi HTI. Pelbagai juadah menarik telah disajikan kepada para tetamu bersempena dengan sambutan ini. Pengunjung juga telah disajikan dengan persembahan tarian tradisional India dan nyanyian lagu Hari Natal daripada warga kerja HTI dan Edgenta Mediserve Sdn Bhd. |


