
| Jabatan O&G HTI telah menganjurkan kursus CTG MASTERCLASS AND LABOUR WARD MANAGEMENT bagi tahun 2025. Kursus di jalankan pada 17 Januari 2025 bertempat di Auditorium UiTM Teluk Intan.
Seramai 119 peserta yang menyertai kursus tersebut terdiri dari Pegawai Perubatan, Pengajar Jururawat dan Jururawat yang datang dari dalam dan luar negeri Perak. Objektif kursus ini bertujuan memberi pengetahuan dan kemahiran untuk menganalisa graf CTG, memahami fisiologi dan patofisiologi fetus serta mengenalpasti tindakbalas fetus terhadap stress di samping mengurangkan kadar kematian bayi dalam kandungan. Antara penceramah hebat yang hadir memberi ceramah ialah Dr. Nadzratulaiman, Dr. Maizatul, Dr. Noorazizah, Dr. Andrea Angeline Dass, Dr. Nora Asyikin dan Dr. Amy Suzanna. Majlis tamat selepas para peserta selesai menjawab "Post Test" dan 3 peserta yang mendapat markah tertinggi menerima hadiah. |


