
|
PENYERAHAN PROJEK MRI KEPADA HOSPITAL TELUK INTAN 20 MAC 2025 20 Mac 2025- Majlis penyerahan keseluruhan peralatan perubatan Magnetic Resonance Imaging (MRI) kepada Hospital Teluk Intan telah diadakan di antara Bahagian Perkembangan Perubatan KKM, Hospital Teluk Intan, Edgenta Mediserve dan kontraktor yang dilantik. Dengan penyerahan kesuluruhan projek ini kepada pihak HTI, penduduk Teluk Intan dan kawasan sekitar bakal menikmati satu lagi kemudahan perubatan dengan teknologi yang baru dalam bidang kesihatan. Hospital Teluk Intan komited tinggi dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan. |


