
|
Pada 24 Januari 2025, Perhimpunan Bulanan Hospital Teluk Intan (HTI) telah di langsung kan bertempat di Dewan Jauhari. Kali ini giliran Unit Fisioterapi menggalas tugas sebagai penganjur. Majlis bermula dengan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Perak di ikuti lagu Kami Sedia Membantu. Seterusnya En Osman Bin Omar memimpin untuk bacaan ikrar. Kemudian majlis di teruskan lagi dengan ucapan dari Ketua Unit Fisioterapi iaitu Pn Rachel Priyasheny A/P Thomas. Beliau menerangkan serba sedikit perkhidmatan di unit fisioterapi dan aktiviti yang berjaya di anjurkan pada tahun lepas. Usai ucapan beliau, majlis di teruskan dengan Penyampaian Watikah Pakar Perubatan Perundingan (Perubatan Kecemasan) HTI kepada Dr Mohd Anizan Bin Aziz dari Jabatan Kecemasan dan Trauma, Penghargaan Pelanggan, Penerima Anugerah Warga Kerja Bulanan dan penyampaian sijil serta medal kepada pasukan Bola Tampar Wanita HTI atas kejayaan mereka meraih tempat ke-3 dalam Kejohanan Tertutup Sukan Bola Tampar Wanita JKN Perak 2025. Seterusnya ucapan dari Pengarah HTI, Dr Khairul Baharin Bin Mohd Baharuddin. Dalam ucapan beliau, beliau menyeru agar kakitangan HTI meningkatkan mutu perkhidmatan seiring dengan kualiti kerja. Majlis bersurai usai ucapan beliau. |


