my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1   |  

 preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Perhimpunan Bulanan Hospital Teluk Intan 26 Januari 2024

aktvtjan5

Pada 26 Januari 2024 Perhimpunan Bulanan Hospital Teluk Intan (HTI) telah diadakan di Dewan Jauhari. Perhimpunan kali ini telah dianjurkan oleh Obstetrik dan Genekologi (O&G) HTI dengan tema warna merah jambu. Program dimulakan dengan senamrobik, persembahan tarian daripada pakar-pakar O&G. Pelbagai acara telah diadakan dalam perhimpunan kali ini seperti perutusan Pengarah HTI, pemberian sijil pengiktirafan HTI sebagai Hospital Rakan Bayi, perlantikan pakar perubatan perunding kepada Dr.Samsu Ambia bin Ismail (Perubatan Kecemasan) dan Dr. Abdul Kadir Rifaei bin Abd Rashid Khairi (Patologi) dan penyampaian sijil warga kerja cemerlang Disember 2023. Majlis di akhiri dengan penyampaian penerima penghargaan yang telah dianugerahkan kepada Wad GD Jabatan O&G di atas penghargaan terbanyak pada Disember 2023 iaitu sebanyak 64 penghargaan daripada pelanggan-pelanggan HTI. Tahniah diucapkan kepada semua. Semoga kita berjumpa lagi pada perhimpunan pagi seterusnya.

Sila Lihat di FB HTI

googlemap1

HOSPITAL TELUK INTAN
Jalan Changkat Jong
36000 Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan

  05-6298400
   aduanhti@moh.gov.my

Web Display

For better experience please use: 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
with resolution 1366 x 768

Mobile Web

Image

Total Visitors

045376
Today: 153
This Month: 354

Latest Update

  • Last Modified : 13 April 2026.

SITEMAP   |   DISCLAIMER   |   PRIVACY POLICY   |   SECURITY POLICY   |   FAQs   |   SUPPORT

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video