
|
Perhimpunan bulanan untuk bulan Disember 2024 telah diadakan pada 20 Disember 2024 di Dewan Jauhari Hospital Teluk Intan (HTI). Penganjuran telah di hoskan oleh Jabatan Dietetik dan Sajian serta Unit Forensik. Program telah dimulakan dengan acara senaman Chair-Robic dari Unit Fisioterapi. Selepas itu program diteruskan dengan Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Perak diikuti lagu Kami Sedia Membantu. Usai nyanyian, bacaan doa di pimpin oleh Encik Hisham dari Unit Forensik diikuti laungan ikrar penjawat awam dari kakitangan JDS dan Unit Forensik. Ucapan aluan bagi perhimpunan kali ini telah disampaikan oleh Dr Zulkifli Bin Ahmad Sabirin, Ketua Unit Forensik. Usai ucapan beliau, majlis di teruskan dengan penyampaian Anugerah Warga Cemerlang HTI, Penghargaan Pelanggan dan Sijil, Medal dan Piala kepada Atlet - atlet dari HTI bagi sukan Dart, Bola Jaring, Bola Tampar dan juga Mobile Legends. Kemuncak majlis di serikan dengan ucapan Timbalan Pengarah Perubatan ll iaitu Dr. Nor ' Aqidah Binti Kamri. Dalam amanat yang beliau sampai kan, beliau mengimbau kembali perit jerih serta kejayaan HTI dalam mengharungi tahun 2024. Beliau juga mengingatkan agar segala yang baik berlaku 2024 dapat di teruskan untuk tahun depan. Majlis berakhir selepas selesai ucapan dari beliau. |


