my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1   |  

 preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Perhimpunan Bulanan HTI 22 November 2024

aktvtnov13 24

Perhimpunan Bulanan Hospital Teluk Intan (HTI) 2024 telah diadakan pada 22 November 2024. Jabatan Nefrologi & Unit Kawalan Infeksi telah diberi tanggungjawab menganjurkannya. Program perhimpunan kali ini dimulakan dengan aktiviti senaman pagi 'Chairobik' melibatkan warga kerja HTI. Aktiviti dijalankan di dalam Dewan Jauhari diketuai oleh Sister Hasliza bt Haron dari kumpulan 'Team Gojes'

Selepas aktiviti tersebut, majlis perhimpunan telah dimulakan di Dewan Jauhari.Majlis di mulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Perak dan Lagu Kami Sedia Membantu. Majlis diteruskan lagi dengan bacaan doa oleh Encik Mohammad Hazrin b Ahmad, Penolong Pegawai Perubatan dari Jabatan Nefrologi. Selanjutnya kata aluan dari Dr. Wong Yik Hong, Ketua Jabatan Nefrologi telah menyampaikan kata aluan.

Kemudian pihak majlis mempersilakan Dr. Khairul Baharin, Pengarah Hospital Teluk Intan untuk memberi ucapan. Dalam amanat beliau, beliau menyatakan warga kerja HTI perlu memberikan khidmat yang terbaik. Walau sesibuk mana pun seseorang itu perkhidmatan mestilah diberikan mengikut prosedur operasi standard yang telah ditetapkan. Sebelum majlis melabuhkan tirai, beliau juga telah berbesar hati menyampaikan Anugerah Warga Cemerlang HTI, Penghargaan Pelanggan, sijil dan Piala Pusingan kepada warga HTI yang terpilih.

Sila Lihat di FB HTI

googlemap1

HOSPITAL TELUK INTAN
Jalan Changkat Jong
36000 Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan

  05-6298400
   aduanhti@moh.gov.my

Web Display

For better experience please use: 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
with resolution 1366 x 768

Mobile Web

Image

Total Visitors

045376
Today: 153
This Month: 354

Latest Update

  • Last Modified : 13 April 2026.

SITEMAP   |   DISCLAIMER   |   PRIVACY POLICY   |   SECURITY POLICY   |   FAQs   |   SUPPORT

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video