Pada 17 November 2023 bertempat di Dewan Jauhari, Perhimpunan Bulanan Hospital Teluk Intan (HTI) telah dilangsungkan di mana Unit Fisioterapi menjadi penganjur. Ianya di mulakan dengan aktiviti senamrobik di Dataran Kasih. Usai aktiviti tersebut majlis perhimpunan diteruskan di mulai dengan bacaan doa, nyanyian lagu Negaraku, Negeri Perak dan Kami Sedia Membantu serta bacaan ikrar.
Selepas ucapan aluan dari Ketua Unit Fisioterapi iaitu Pn Intan Suraya Bt. Mohd Yunus, majlis di teruskan lagi dengan Penyampaian Sijil Anugerah Inovasi KKM, Anugerah Cemerlang Bulanan, Penghargaan Pelanggan HTI dan penghargaan Kelab KESURI HTI kepada warga kerja HTI yang terlibat dalam sukan.
Majlis disempurnakan dengan ucapan Pengarah Hospital HTI, Dr Khairul Baharin Bin Mohd Baharuddin. Dalam ucapan beliau, beliau mengucapkan terima kasih kepada staf yang terlibat dalam sukan KKM. Beliau bangga dengan pencapaian mereka dam berharap agar mereka dapat meneruskan pencapaian pada edisi akan datang. Beliau mengingatkan kepada semua warga kerja HTI untuk membuat penilaian dan analisis terhadap pencapaian aktiviti HTI bagi tahun 2023 memandangkan kita sudah memasuki fasa akhir 2023. Sebelum majlis bersurai, beliau juga mengingatkan tentang akreditasi yang akan di jalankan pada tahun hadapan dan meminta agar warga kerja HTI bersiap sedia. Syaba s dan tahniah diucapkan kepada Unit Fisoterapi kerana telah Berjaya menganjurkan perhimpunan bulanan HTI pada kali ini.