
|
Pertandingan Boling Anjuran Persatuan Jururawat Malaysia Cawangan Perak telah diadakan pada 12 Oktober 2024 bertempat di Ampang Superbowl Ipoh Parade. Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim sesama ahli Persatuan Jururawat Malaysia Cawangan PERAK. Hospital Teluk Intan telah menghantar 2 pasukan ke pertandingan tersebut. Tahniah dan Syabas kepada Jururawat wakil Hospital Teluk Intan kerana mendapat Tempat Ketiga dan Ke-6 daripada 30 pasukan. |


