
|
Kursus Pengukuhan Kerja Berpasukan yang di anjurkan oleh Unit Kejururawatan, Hospital Teluk Intan telah berjaya di adakan pada 15 &16 November 2024 bertempat di Nazbell Cottage & Garden Sungai Besar Selangor. Seramai 26 orang peserta yang terdiri dari 6 Penyelia Jururawat dan 20 orang Ketua Jururawat telah berjaya dibimbing oleh seramai 4 orang Fasilitator terdiri dari 1 orang Penyelia Jururawat, 2 orang Jururawat Klinikal U41 dan 1 orang Ketua Jururawat Objektif utama kursus ini di adakan adalah untuk memperkukuhkan semangat kerja berpasukan di kalangan kejururawatan. Program ini juga memberi penekanan kepada komunikasi, kerjasama, pengurusan konflik, dan peningkatan produktiviti dalam suasana kerja yang dinamik dan mencabar. Beberapa aktiviti dan pengisian di dalam program ini Dimana ia dimulakan dengan Taklimat dari Penyelaras Program,Matron Hajar kepada semua peserta. Kursus telah dirasmikan oleh Ketua Penyelia Jururawat Hospital (KPJH) Teluk Intan, Matron Azilah binti Abdullah. Diantara aktiviti yang dijalankan adalah ice breaking: seperti :“Kenali Pasangan” ,menaiki ATV dan Tram Tractor, menunggang basikal dan skuter, mencanting batik dan aktiviti di sawah padi Kursus ini telah berjaya mencapai objektif dan dapat diaplikasi kan oleh Jururawat semasa menjalankan tugasan di lapangan. |


