
|
Kesinambungan daripada aktiviti lukisan mural oleh Colourful Arts yang lepas, telah berlangsung projek komuniti bagi menyiapkan lukisan mural di Klinik Otorinolaringologi, Hospital Teluk Intan. Aktiviti ini disertai oleh ahli-ahli Kelab Rotary Teluk Intan dan staf Bank OCBC Teluk Intan. Ini berikutan daripada sumbangan mesin Otoacoustic Emission(OAE)oleh Bank OCBC bagi kegunaan Program Saringan Pendengaran Bayi HTI. Semoga kerjasama antara Jabatan Otorinolaringologi HTI, Kelab Rotary Teluk Intan dan Bank OCBC dapat diteruskan bagi kebaikan penduduk daerah Hilir Perak. |


