Seramai 200 pengunjung telah menghadiri majlis sambutan Hari Diabetes Sedunia 2023 yang telah diadakan pada 21 November 2023. Dengan tema Akses Kepada Penjagaan Diabetes, majlis ini telah dirasmikan oleh Dr. Mohd Faezal bin Abu Talib, Timbalan Pengarah 2 Hospital Teluk Intan (HTI) bertempat di Ruang Legar HTI.
Bersempena dengan majlis ini pelbagai aktiviti diadakan seperti senaman aerobik, reruai pameran kesihatan, kuiz, saringan kesihatan dan pameran susu diabetes.Tahniah diucapkan kepada Dr Sun Choon Peng, Pakar Endokrin bersama-sama Jabatan dan unit yang terlibat iaitu Unit Endokrin, Jabatan Farmasi, Jabatan Dietetik dan Sajian, Jabatan Pesakit Luar, Unit Penjagaan Luka, Unit Pendidikan Kesihatan dan Jabatan Fisioterapi kerana telah bekerjasama menjayakan majlis ini