
|
Hospital Teluk Intan telah menjadi tuan rumah bagi penganjuran Seminar Jiwa Madani Asas Kecemerlangan Profesion yang diadakan sempena Sambutan Hari Pembantu Perawatan Kesihatan Tahun 2024 pada 22 November, Jumaat bertempat di Dewan Jauhari jam 2:30-5:00 petang. Seminar ini telah dihadiri oleh hampir 150 orang peserta terdiri daripada Pembantu Perawatan Kesihatan HTI dan PPK dari fasiliti kesihatan lain di bawah Jabatan Kesihatan Negeri Perak. Gimik perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Pengarah Hospital Teluk Intan Dr. Khairul Baharin bin Mohd Baharuddin. Dr.Fadzil bin Mustapa Kamal Ketua Penolong Pengarah Kanan HTI turut hadir selaku penceramah jemputan. Antara jemputan lain ialah Encik Hadi bin Ismail, Pengerusi CEUPACS Perak, Tuan Haji Mohamad Zaki bin Shapie Ketua Penyelia HTI , En.Kamsani Kadir Penyelia PPP HTI yang diiringi oleh En.Mustafa Kamal bin Saharan selaku Ketua PPK Negeri Perak. Tahniah untuk semua yang telah menjayakan seminar pada kali ini. 'JIWA MADANI ASAS KECEMERLANGAN PROFESION' |


