
|
Jabatan Pediatrik telah menganjurkan dengan jayanya Sambutan Hari Pramatang Sedunia 2024 Peringkat Hospital Teluk Intan pada 18 November 2024 dengan tema“SuperHero". Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah Hospital, YBrs. Dr. Khairul Baharin bin Mohd Baharuddin. Turut hadir dalam sambutan ini adalah Timbalan Pengarah Perubatan 1, YBrs. Dr Hajah Noor Azira Binti Haron, Timbalan Pengarah Perubatan II, YBrs. Dr. Nor Aqidah Binti Kamri, Ketua Jabatan Pediatrik, YBrs. Dr. Chua Bee Sim dan Pakar Neonatalogi, Ybrs. Dr Poongundran a/l Pannerselvan serta Pakar-Pakar Pediatrik. Sambutan ini dimeriahkan dengan kehadiran sisi keluarga anak-anak pramatang dan kakitangan Hospital Teluk Intan. Ia diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kelahiran pramatang dan juga sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada anak-anak, ibu bapa dan semua yang turut terlibat dalam penjagaan pramatang. Pelbagai aktiviti yang menarik telah diadakan seperti ceramah yang telah disampaikan oleh: 1) Dr Poongundran a/l Pannerselvan Pakar Pediatrik (Neonatologi) UD56 Tajuk:Masalah Bayi Pramatang selepas discaj 2)Pn Vilasini a/p Sivanna Pegawai Dietetik U44 Tajuk:Nutrisi untuk bayi pramatang selepas discaj dari hospital Sambutan dimeriahkan lagi dengan persembahan multimedia, persembahan pertunjukkan fashion dari anak-anak pramatang, sesi perkongsian ibubapa pramatang dan persembahan sketsa dari Pegawai Perubatan Jabatan Pediatrik. Tahniah dan terima kasih kepada semua warga Jabatan Pediatrik yang telah menjayakan sambutan ini. |


