
|
Bersempena dengan sambutan Hari Sukan Negara, Hospital Teluk Intan (HTI) dengan Kerjasama Kelab Sukan, Kebajikan dan Rekreasi HTI (KESURI) telah menganjurkan acara Senamrobik dan Fun Walk dengan tema Busana Tradisional. Seramai lebih 100 orang peserta telah berjaya menyelesaikan acara fun walk tersebut yang telah melalui sekitar kawasan HTI dan Taman Cicely merangkumi jarak tiga kilometer. Perasmian telah disempurnakan oleh Dr. Khairul Baharin bin Mohd Baharuddin, Pengarah HTI. Acara ini telah mendapat kerjasama daripada Polis DiRaja Malaysia yang mengawal lalu lintas di sepanjang laluan. Tahniah diucapkan kepada para peserta dan penganjur yang terlibat dalam menjayakan aktiviti ini. |


