Pada 10 September 2024, Datuk Azizi Mat Aris Ketua Polis Perak telah datang ke Hospital Teluk Intan bagi menziarahi anggota polis wanita yang sedang mendapatkan rawatan di Wad 1D. Kehadiran beliau disambut mesra oleh Pengarah hospital Dr. Khairul Baharin Bin Baharudin, Pengarah HTI dan beberapa pegawai kanan HTI.
Dalam ziarah beliau, Datuk Azizi diberi taklimat mengenai kesihatan pesakit oleh Ketua Jururawat Suzana Mat Shat. Datuk Azizi menzahirkan rasa simpati terhadap anggotanya yang sakit dengan kata-kata semangat. Tidak lupa juga doa dipanjatkan memohon agar Allah mengangkat sakit yang di tanggung anggota tersebut.