
|
Pada 4 Januari 2024 Datuk Dr. Muhammad Radzi bin Abu Hassan,Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah meluangkan masa mengadakan lawatan kerja ke Hospital Teluk intan (HTI). Beliau telah disambut oleh Dr. Khairul Baharin bin Mohd Baharuddin, Pengarah HTI Bersama-sama ddengan pegawai-pegawai kanan HTI. Beliau telah dibawa melawat ke Jabatan Kecemasan dan Trauma, Jabatan Radiologi dan Wad Jabatan Perubatan, Sepanjang lawatan beliau telah diberi taklimat oleh pegawai-pegawai kanan HTI. Beliau juga sempat menyantuni beberapa doktor-doktor pelatih yang mendapat latihan di HTI. Pelbagai isu telah diutarakan oleh beliau dan pegawai-pegawai HTI dan mendapat maklum balas yang positif bagi menambah baik perkhidmatan kesihatan di HTI. |


