Mesyuarat Penyelarasan Pengurusan Penyampaian Perkhidmatan Kesihatan Di Sempadan
Mesyuarat Penyelarasan Pengurusan Penyampaian Perkhidmatan Kesihatan Di Sempadan
Mesyuarat Penyelarasan Pengurusan Penyampaian Perkhidmatan Kesihatan Di Sempadan telah di adakan pada 26 Julai 2024 di Dewan Jauhari Hospital Teluk Intan. Mesyuarat melibatkan pegawai-pegawai kanan Jabatan Kesihatan Negeri Perak (JKNP) dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) membabitkan pengarah-pengarah hospital, Pakar Perubatan Keluarga (FMS) dan Pergigian di Hilir Perak, Sabak Bernam dan Hulu Selangor.
Mesyuarat di pengerusikan oleh Pengarah JKNP, Dr. Feisul Idzwan Bin Mustapha bersama Pengarah JKNS, Dr. Ummi Kalthom Binti Shamsudin. Pelbagai isu persempadanan di bincangkan iaitu kes rujukan kecemasan, temujanji klinik pakar dan panggilan ambulans. Mesyuarat bermula jam 9.00 am dan di tunda pada jam 11.30 am.