my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1   |  

 preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

MSQH Focus Accreditation Survey 2026

                                                                                         Hari Keselamatan Pesakit 2025                                                                                                           

 

 

HOSPITAL TELUK INTAN JALANI PENILAIAN AKREDITASI MSQH, PERKUKUH KOMITMEN PERKHIDMATAN BERKUALITI

Hospital Teluk Intan terus memperkukuh komitmennya dalam memberi perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, selamat dan berfokuskan pesakit apabila berjaya menjalani proses Penilaian Akreditasi (Focus Survey) 2026 oleh Malaysian Society for Quality in Health (MSQH) hari ini.Penilaian tersebut telah dilaksanakan oleh panel penilai berpengalaman yang diketuai oleh Dr. Selahudeen bin Abd Aziz, bersama Dr. Patrick Tan Kee Seng, Pakar Perunding Anestesiologi, serta En. Bunyamin bin Yahaya, Ketua Perkhidmatan Sokongan, Parkcity Medical Centre, Kuala Lumpur.

Proses penilaian ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan hospital dalam mengekalkan standard perkhidmatan kesihatan yang tinggi, selaras dengan aspirasi kepimpinan hospital di bawah pengurusan Dr. Nordin bin Nasir.Sepanjang penilaian, pelbagai aspek telah diteliti termasuk keselamatan pesakit, kecekapan klinikal, pengurusan perkhidmatan serta pematuhan kepada piawaian yang telah ditetapkan oleh MSQH.

Pengurusan hospital merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga Hospital Teluk Intan atas dedikasi, komitmen dan semangat kerja berpasukan yang ditunjukkan dalam menjayakan proses penilaian ini.Usaha berterusan ini membuktikan kesungguhan Hospital Teluk Intan dalam memastikan setiap perkhidmatan yang diberikan sentiasa berada pada tahap terbaik demi kesejahteraan masyarakat setempat.

 

Lihat di FB HTI

 

googlemap1

HOSPITAL TELUK INTAN
Jalan Changkat Jong
36000 Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan

  05-6298400
   aduanhti@moh.gov.my

Web Display

For better experience please use: 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
with resolution 1366 x 768

Mobile Web

Image

Total Visitors

045377
Today: 154
This Month: 355

Latest Update

  • Last Modified : 13 April 2026.

SITEMAP   |   DISCLAIMER   |   PRIVACY POLICY   |   SECURITY POLICY   |   FAQs   |   SUPPORT

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video