
|
Seminggu selepas sambutan Hari Radiologi Antarabangsa (IDOR) & Hari Radiografi Sedunia 2024 pada 8November2024 telah menjadi mercu tanda ingatan yang amat bermakna bagi warga Radiologi kerana menerima peralatan pengimejan baharu, Pengimejan Resonans Magnetik (MRI). Satu pencapaian bagi Hospital Teluk Intan telah menerima unit mesin MRI yang canggih dengan teknologi moden. Peralatan ini akan memberi manfaat kepada semua penduduk sekitar Teluk Intan khususnya & kawasan Perak Selatan amnya. Semoga dengan kemudahan ini dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua pesakit. |


