my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1   |  

 preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

TRAGEDI LIBATKAN PASUKAN FRU: HOSPITAL TELUK INTAN AKTIFKAN BILIK GERAKAN

 FRU 1
 

Negara dikejutkan dengan tragedi memilukan pada pagi 13 Mei 2025 apabila satu kemalangan jalan raya melibatkan Pasukan Keselamatan Persekutuan (FRU) Polis Diraja Malaysia meragut sembilan nyawa anggota pasukan dan mencederakan sembilan yang lain.

Susulan kejadian tersebut, Hospital Teluk Intan (HTI) segera mengaktifkan Bilik Gerakan yang telah diketuai oleh Dr. Hjh. Noor Azira binti Haron, Timbalan Pengarah Perubatan 1 HTI, pada jam 9.30 pagi bagi menguruskan situasi kecemasan dan memberi rawatan segera kepada mangsa yang terlibat. Petugas barisan hadapan dikerah dengan pantas untuk memastikan bantuan kecemasan diberi sebaik mungkin.

Suasana hiba dapat dirasai di kawasan Jabatan Kecemasan dan Trauma serta Jabatan Forensik apabila ahli keluarga mangsa berkumpul menanti perkembangan terkini dengan penuh harapan dan kesedihan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah, bersama Timbalan Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, pegawai-pegawai kanan Polis Diraja Malaysia serta orang ramai turut hadir ke Hospital Teluk Intan bagi menziarahi mangsa dan memberikan sokongan moral kepada ahli keluarga yang terlibat. Kehadiran pengamal media pula mula memenuhi perkarangan HTI seawal jam 11.00 pagi bagi mendapatkan maklumat terkini.

Bagi memastikan kelancaran operasi, HTI telah menerima sokongan dan bantuan daripada beberapa fasiliti kesihatan lain termasuk Hospital Raja Permaisuri Bainun, Hospital Manjung, Hospital Batu Gajah serta Pejabat Kesihatan Hilir Perak. Sokongan padu ini amat dihargai dan menjadi bukti kerjasama erat antara institusi kesihatan dalam menghadapi bencana bersama.

Turut hadir memberikan sokongan moral ialah Pengarah Kesihatan Negeri Perak, Dr. Feisul Idzwan bin Mustapha, yang turun padang meninjau sendiri situasi di Hospital Teluk Intan dan menyampaikan kata-kata semangat kepada petugas kesihatan yang bertungkus lumus menyelamat, merawat serta menguruskan mangsa dan ahli keluarga yang terlibat dalam tragedi ini.

Pihak Hospital Teluk Intan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan akan terus berusaha memberikan rawatan serta sokongan terbaik kepada mangsa serta keluarga mereka dalam menghadapi detik sukar ini

Sila lihat di FB

googlemap1

HOSPITAL TELUK INTAN
Jalan Changkat Jong
36000 Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan

  05-6298400
   aduanhti@moh.gov.my

Web Display

For better experience please use: 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
with resolution 1366 x 768

Mobile Web

Image

Total Visitors

045380
Today: 157
This Month: 358

Latest Update

  • Last Modified : 13 April 2026.

SITEMAP   |   DISCLAIMER   |   PRIVACY POLICY   |   SECURITY POLICY   |   FAQs   |   SUPPORT

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video