
|
Pihak Unit Kesihatan Awam (UKA), Hospital Teluk Intan ingin mengingatkan kepada semua pihak bahawa kawasan hospital adalah termasuk dalam senarai kawasan larangan merokok dibawah Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Pihak UKA dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Hilir Perak sentiasa menjalankan Operasi Rokok Dalam Kawasan Hospital Teluk Intan dan jika anda didapati bersalah merokok di kawasan larangan merokok, anda boleh dikenakan kompaun sebanyak RM250 dan sekiranya gagal membayar kompaun, anda boleh didakwa di mahkamah dan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau tidak lebih dua tahun penjara.
|


