Page 44 - 2023-HTI LAPORAN TAHUNAN 2023
P. 44
Jabatan Perubatan Hospital Teluk Intan merupakan salah satu daripada cabang perubatan
kepakaran yang memberikan perkhidmatannya di Hospital Teluk Intan. Ia merupakan pusat
rujukan kepakaran Perubatan Am untuk Perak Selatan dan Sabak Bernam. Kebanyakkan pesakit
datang dari Hilir Perak dan daerah Sabak Bernam. Sebahagian yang lain datang dari Perak
Tengah dan Batang Padang. Rujukan adalah dari Hospital Kerajaan, Hospital Swasta, Pengamal
Perubatan Swasta dan Klinik Kesihatan. Selainnya adalah dari jabatan dan unit-unit lain di
Hospital Teluk Intan. Ia merupakan jabatan yang paling banyak sub-unit yang berfungsi
memberikan rawatan dan khidmat sokongan kepada perkhidmatan yang disediakan. Jabatan
Perubatan diterajui oleh Dr Christopher Sim Sze Bing selaku ketua Jabatan pada bulan Januari
2023 dan dibantu 11 orang Pakar Perubatan dan 24 orang Pegawai Perubatan serta 15 paramedik
dan 4 orang Pembantu Perawatan Kesihatan gred U14 dan 1 Gred 12 Jabatan Perubatan
mempunyai 6 wad perubatan antaranya Wad lelaki 2C, 2D, Wad perempuan 3A, (Wad penyakit
berjangkit 4A), 4B, Day Care dan termasuk ICU/ CCU.
Unit-unit di bawah Jabatan Perubatan
Graf 1 menunjukkan Laporan kedatangan Pesakit Luar mengikut Umur, Jantina dan kumpulan etnik Jan-Disember 2023
42 LAPORAN TAHUNAN 2023 | HOSPITAL TELUK INTAN LAPORAN TAHUNAN 2023 | HOSPITAL TELUK INTAN

