Page 57 - 2023-HTI LAPORAN TAHUNAN 2023
P. 57

Jabatan Pediatrik


                                                                                               HOSPITAL TELUK INTAN

               Jabatan  Pediatrik  Hospital  Teluk  Intan  merupakan  pusat  rujukan  kes  Pediatrik  di  Daerah  Hilir  Perak.
               Jabatan  ini  memberi perkhidmatan  pesakit  dalaman  untuk  bayi  pramatang  dan  bayi  berumur  kurang
               daripada  satu  bulan  di  Wad  3D-SCN  (Special Care  Nursery) serta Wad NICU  (Neonatal intensive care
               unit-rawatan intensif) dan pesakit berumur lebih daripada satu bulan hingga 12 tahun di Wad 3C. Bermula
               Januari 2020 satu lagi wad Multidisiplin Kanak-Kanak telah dibuka di wad GB untuk penerimaan kes-kes
               Pediatrik yang melakukan prosedur dan rawatan harian seperti pembedahan.


                    Pada pertengahan Februari 2023, Jabatan Pediatrik Hospital Teluk Intan mendapat seorang Konsultan
               Gred  Khas  C iaitu  Dr  Chua  Bee  Sim.  Beliau  merupakan  seorang  Pakar  Pediatrik  dari  Hospital  Raja
               Permaisuri Bainun, Ipoh. Sebelum ini, Jabatan Pediatrik diterajui oleh Dr Chow Lai Yin selaku Pemangku
               Ketua Jabatan dan Pakar Pediatrik dan dibantu oleh be-berapa orang Pakar iaitu Dr Lee Wan Yun, Dr Tan
               Kai  Xian  dan  Dr  Nur’  Aini  bt  Raman.  Pada  pertengahan  tahun  2022  Jabatan Pediatrik telah menerima
               beberapa orang Pakar Pediatrik “Gazetted” iaitu Dr Law Boon Tat, Dr Sharanya Giridahran, Dr Cheang Chu
               Ching dan Dr Lim Yin Xing. Buat masa sekarang, Jabatan Pediatrik hanya mempunyai 13 orang Pegawai
               Perubatan dan 18 orang Pegawai Perubatan Latihan Siswazah.

                Perkhidmatan yang disediakan di Klinik Pakar
                Pediatrik :

                1. Kardiologi
                2. General Clinic

                3. Growth and Development Child

                4. Special Child and Neurologi
                5. Nefrologi

                6. Kes Asma

















                 AKTIVITI-AKTIVITI

                                                                                                    Sesi ceramah diberikan
                                                                                                    oleh Ketua Intruktor Dr
                                                                                                      Cheang Chu Ching





                   Kursus PALs yang diadakan pada Bulan Mei 2023
                                                                                                    Perhimpunan Pagi Bulanan
                                                                                                    2023 oleh Jabatan Pediatrik




                 Kursus NRP 2023 yang diadakan hampir setiap bulan
 LAPORAN TAHUNAN 2023 | HOSPITAL TELUK INTAN                           LAPORAN TAHUNAN 2023 | HOSPITAL TELUK INTAN    55
   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62