Page 41 - 2022-HTI LAPORAN TAHUNAN 2022
P. 41
Unit Kluster
Unit Kluster merupakan unit baharu yang ditubuhkan berdasarkan Perkeliling SPKSU Bil. 5-2018 Lampiran
- Garis Panduan Pengurusan Hospital Kluster Kementerian Kesihatan Malaysia. Tujuan unit ini
ditubuhkan untuk memberi panduan umum dan sebagai rujukan bagi semua Jabatan Kesihatan Negeri
(JKN) dan Hospital-hospital tentang pelaksanaan Hospital Kluster merangkumi skop pengurusan dan
pembangunan organisasi, pengurusan sumber manusia, kewangan, akaun, hasil, perolehan dan aset.
Secara rasminya Unit ini ditubuhkan pada tahun 2020 di ketuai oleh Dr Fadzil bin Mustapa Kamal sebagai
ketua unit. Walaubagaimanapun, unit ini masih dibawah Ketua Hospital Kluster, iaitu Pengarah Hospital
Teluk Intan sebagai Lead Hospital Kluster dan dibantu oleh dua non-lead hospital (Hospital Slim River dan
Hospital Tapah).
Skop dan Fungsi
1. Struktur Tadbir Urus yang baru merangkumi polisi, operasi, perancangan dan kawalan fungsi Hospital
Kluster
2. Halatuju pelaksanaan Hospital Kluster adalah penyampaian perkhidmatan hospital yang berkualiti,
selamat dan bersepadu melibatkan semua hospital di dalam kluster melalui sistem pengurusan
perkhidmatan kesihatan yang lebih efisien.
3. Membentuk dan menyusun semula penyampaian perkhidmatan klinikal yang lebih cekap berdasarkan
“patient centred care”.
4. Pembangunan sumber manusia dan latihan berasaskan pendekatan kluster bagi meningkatkan
keupayaan dan kemampuan Kluster
5. Sistem Pengurusan Maklumat Kluster dibentuk bagi memastikan penyampaian maklumat dan data
serta pengukuran bagi peningkatan kualiti adalah berdasarkan Kluster
Unit Pendermaan Organ
Unit Perolehan Organ Hospital (UPOH) diwujudkan berdasarkan Surat Pekeliling Ketua Pengarah
Kesihatan Malaysia Bilangan 5-2019 Pengukuhan Tadbir Urus Perkhidmatan Perolehan Organ Dan Tisu
Kementerian Kesihatan Malaysia. Unit ini menguruskan, merunding dan mempromosikan pendermaan
organ dalam kalangan masyarakat. Unit ini pada asalnya hanya sebuah Jawatankuasa Pendermaan Organ
Hospital (JPOH) dibawah Jabatan Anestesiologi. Namun demikian, JPOH masih wujud dan berfungsi sep-
erti sedia ada. Unit ini dianggotai oleh seorang Pegawai Perubatan sepenuh masa dan dibantu oleh ang-
gota-anggota yang bertugas separuh masa dari jabatan dan unit lain iaitu Ahli Jawatankuasa Perolehan
Organ Hospital.
Ahli Jawatankuasa Perolehan Organ Hospital Teluk Intan terdiri daripada Pengarah, Ketua Jabatan
Anestesia, Ketua Jururawat ICU, Pakar Anes, Pakar Perubatan, Pegawai Perubatan Pembedahan, staf dari
CSSU, Dewan bedah, Unit Forensik, Unit Psikologi, Unit Hal Ehwal Islam dan Jabatan Patologi.
Terma Rujukan:
Mengesan semua kes berpotensi samada di kalangan kes mati otak atau "cardiac death" un-
tuk pendermaan organ dan tisu di peringkat hospital.
Memastikan semua kes disyaki mati otak dibuat ujian pengesahan mati otak.
Memberi kaunseling kepada semua waris pesakit yang meninggal dunia dan dinilai sesuai bagi
pendermaan organ dan tisu.
Merujuk semua kes yang sesuai kepada Pusat Transplan Negara bagi proses perolehan organ dan
tisu
Menyelaraskan proses perolehan organ dan tisu bersama Pusat TransplanNegara.
Transplan Negara.
Menjalankan audit kematian di peringkat hospital
Mengadakan latihan dan promosi tentang pendermaan organ kepada anggota kesihatan dan
masyarakat
LAPORAN TAHUNAN 2022 | HOSPITAL TELUK INTAN 34
34 LAPORAN TAHUNAN 2022 | HOSPITAL TELUK INTAN LAPORAN TAHUNAN 2022 | HOSPITAL TELUK INTAN

