Page 60 - 2022-HTI LAPORAN TAHUNAN 2022
P. 60

Unit Penjagaan Luka

                Unit Penjagaan Luka  ditubuhkan sebagai  satu pasukan pada  tahun 2017,  yang  terdiri  daripada Pakar
                Ortopedik, pegawai perubatan dan kakitangan kejururawatan dengan kerjasama ahli fisioterapi, ahli tera-
                pi pekerjaan dan pegawai pemakanan.
                Pada  bulan  Februari  2020,  seorang  pegawai  perubatan  telah  dilantik  untuk  mengawasi  pasukan  dan
                dengan secara rasminya Pasukan Penjagaan Luka telah memulakan perkhidmatannya untuk semua jab-
                atan klinikal di Hospital Teluk Intan dan pasukan ini telah dikenali sebagai Unit Penjagaan Luka sejak 17
                Februari  2020 di  bawah naungan  direktorat  perkhidmatan pembedahan.  Unit Penjagaan Luka  kini
                dikendalikan oleh seorang penasihat (pakar  Ortopedik), 2 orang Pegawai Perubatan, seorang Ketua Juru-
                rawat, seorang jururawat dan seorang PPK. Klinik Penjagaan Luka beroperasi di Klinik 3, bersebelahan
                Klinik Perubatan. Unit Penjagaan Luka menerima rujukan kes luka yang memenuhi kriteria dari pelbagai
                jabatan klinikal di Hospital Teluk Intan. Semua luka pesakit di Unit Penjagaan Luka akan dinilai dengan
                 konsep  Triangle  of  Wound  Assessment  (TOWA)  dan dirawat  dengan sewajarnya  berpandukan Wound
                Care Manual yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

                OBJEKTIF UNIT PENJAGAAN LUKA
                a)  Memberikan  perkhidmatan perubatan kepada  penduduk Teluk Intan  dan sekitarnya serta  pesakit-
                    pesakit yang dirujuk dari hospital-hospital lain yang mengalami masalah berkaitan bidang perawatan
                    luka.
                b)  Memberikan latihan kepada Pegawai Perubatan dan Paramedik dari segi perkhidmatan rawatan pen-
                    jagaan luka kepada pesakit.
                c)  Memberikan pendidikan kesihatan kepada pesakit khususnya dan masyarakat secara amnya tentang
                    penjagaan luka.
                d)  Mewujudkan suasana yang harmoni dan penyayang di antara pesakit dan anggota hospital semasa
                    berinteraksi.















                 Graf 1.Peratus masa menunggu untuk menerima rawatan dalam   Graf 2. Peratus rujukan pesakit luar yang baru dilihat
                 masa 30 minit bagi Jan - Dis 2022                dalam masa 7 hari berkerja dari tarikh rujukan bagi
                                                                  Jan - Dis 2022.

















                 Graf 3. Kedatangan pesakit ke Klinik Penjagaan Luka dari   Graf 4. Bilangan prosedur yang dilakukan di Klinik Penjagaan Luka
                 bulan Januari 2022 sehingga Disember 2022.      pada tahun 2022

                 53   LAPORAN TAHUNAN 2022 | HOSPITAL TELUK INTAN
 LAPORAN TAHUNAN 2022  | HOSPITAL TELUK INTAN                LAPORAN TAHUNAN 2022  | HOSPITAL TELUK INTAN         53
   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65