my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Unit Kewangan

UNIT KEWANGAN HOSPITAL SERI ISKANDAR


1. Visi
“Peneraju Perkhidmatan Perakaunan yang cemerlang selaras dengan Visi
Kementerian Kesihatan Malaysia”.


2. Misi
● Melaksanakan sistem perakaunan semasa secara profesional, telus dan
berintegriti;
● Menyediakan laporan perakaunan yang tepat dan menyeluruh bagi
menyokong perancangan serta pengurusan kewangan hospital; dan
● Memberi khidmat nasihat perakaunan dan kewangan bagi meningkatkan
akauntabiliti serta tadbir urus kewangan di peringkat hospital.


3. Fungsi Unit
● Memastikan sistem pengurusan kewangan dan perakaunan dilaksanakan
dengan cekap, teratur dan berkesan selaras dengan Akta, Arahan
Perbendaharaan, Pekeliling serta prosedur kewangan yang berkuat kuasa;
● Mengurus dan memproses semua jenis pembayaran termasuk tuntutan
perjalanan, Elaun Tuntutan Awam dan Pelbagai (ETAP), bayaran balik
laporan perubatan, bil telefon, elaun lebih masa, bayaran pesanan kerajaan,
bayaran inden kerajaan serta lain-lain bayaran berkaitan mengikut peraturan
kewangan yang ditetapkan;
.
● Memastikan semua bayaran termasuk gaji, elaun, bekalan dan perkhidmatan
diproses dengan lengkap, tepat dan dijelaskan dalam tempoh masa yang
ditetapkan, termasuk dalam tempoh Tujuh (7) hari dari tarikh penerimaan
dokumen lengkap selaras dengan Piagam Pelanggan;
● Mengurus dan menyelaras urusan penggajian termasuk penyediaan,
semakan, pemprosesan dan pengemaskinian maklumat gaji serta elaun
pegawai dan kakitangan;

● Mengawal dan memantau peruntukan serta perbelanjaan jabatan bagi
memastikan penggunaan peruntukan adalah berhemah, teratur dan tidak
melebihi peruntukan yang diluluskan;
● Memastikan semua perbelanjaan dicaj di bawah pusat tanggungjawab dan
aktiviti yang betul serta disokong dengan dokumen dan butiran lengkap;
● Memastikan setiap perbelanjaan adalah selaras dengan visi, misi, polisi dan
dasar jabatan serta mematuhi peraturan kewangan yang berkuat kuasa;
● Menyediakan, menyemak dan mengemaskini laporan kewangan secara
berkala bagi tujuan pemantauan, kawalan kewangan dan rujukan pihak
pengurusan;
● Menyediakan Anggaran Belanja Mengurus (ABM) serta membantu dalam
perancangan dan pengurusan kewangan jabatan secara cekap dan
sistematik;
● Mengurus dan menyelenggara rekod perakaunan aset termasuk pendaftaran,
pengemaskinian dan pelaporan aset jabatan mengikut peraturan yang
ditetapkan;
● Memastikan rekod-rekod kewangan dan perbelanjaan diselenggara dengan
betul, sistematik dan sentiasa dikemaskini bagi tujuan pemantauan, audit dan
rujukan;
● Mengemaskini dan menyelenggara maklumat kewangan dalam sistem
kewangan yang digunapakai bagi memastikan ketepatan dan integriti data
kewangan;dan
● Menyediakan maklumat, laporan dan sokongan berkaitan kewangan bagi
tujuan mesyuarat kewangan, pemantauan dan audit.

googlemap1

HOSPITAL SERI ISKANDAR
32600 Seri Iskandar
Perak Darul Ridzuan

  05-373 0000
   hseriiskandar@moh.gov.my

Web Display

For better experience please use: 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
with resolution 1366 x 768

Mobile Web

Image

Total Visitors

Hari Ini: 6
Jumlah Keseluruhan: 871

Tarikh Kemaskini

  • 19 March 2026

SITEMAP   |   DISCLAIMER   |   PRIVACY POLICY   |   SECURITY POLICY   |   FAQs   |   SUPPORT

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video