my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1   |  

 preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Psikologi Kaunseling

No Telefon : 05-6298400 samb. 8409

CARTA ORGANISASI (Klik)

VISI
Memperkasakan kesejahteraan insan dan komuniti melalui perkhidmatan psikologi kaunseling yang profesional.

MISI
Perkhidmatan psikologi kaunseling ini diberikan oleh Pegawai yang kompeten, berkemahiran dan berdasarkan amalan berasaskan bukti terkini melalui perkhidmatan yang kondusif, terapeutik dan efektif.

OBJEKTIF
- Menyampaikan perkhidmatan psikologi kaunseling yang seragam dan holistik untuk kesejahteraan individu, organisasi dan komuniti.
- Meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kecekapan Pegawai Psikologi (Kaunseling) secara berterusan.
- Melaksanakan perkhidmatan berteraskan etika dan peruntukan perundangan yang berkaitan.

FUNGSI

1. Perkhidmatan psikologi kaunseling ditawarkan kepada pesakit, waris dan individu signifikan kepada pesakit (luar dan dalam), warga kerja serta pelatih institusi latihan KKM. Perkhidmatan ini dilaksanakan di bilik kaunseling, wad, klinik psikiatri, klinik terapi gantian metadon, klinik pakar, klinik berhenti merokok, One Stop Crisis Centre (OSCC), kawasan bencana, pusat komuniti dan lain-lain yang berkaitan.

Perkhidmatan ini terbahagi kepada tiga (3) iaitu :
Kaunseling Individu
Kaunseling Kelompok
Kaunseling Keluarga dan Perkahwinan

2. Modaliti Intervensi

Intervensi yang dijalankan adalah berdasarkan empat (4) pendekatan utama seperti berikut :
- Kemanusiaan (Humanistic)
- Psikoanalisis
- Kognitif
- Tingkah Laku (Behavioral)

3. Pengukuran Psikologi

Perkhidmatan ini turut menggunakan alat pengukuran psikologi sebagai instrumen untuk mengukur :
- Personaliti
- Minat Kerjaya
- Emosi
- Tingkah Laku
- Daya Tindak
- Sikap

googlemap1

HOSPITAL TELUK INTAN
Jalan Changkat Jong
36000 Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan

  05-6298400
   aduanhti@moh.gov.my

Web Display

For better experience please use: 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
with resolution 1366 x 768

Mobile Web

Image

Total Visitors

049179
Today: 120
This Month: 1,077

Latest Update

  • Last Modified : 11 May 2026.

SITEMAP   |   DISCLAIMER   |   PRIVACY POLICY   |   SECURITY POLICY   |   FAQs   |   SUPPORT

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video