Page 76 - 2023-HTI LAPORAN TAHUNAN 2023
P. 76

Jabatan Pergigian Pediatrik


               HOSPITAL TELUK INTAN
               PENGENALAN

               Kepakaran Pergigian Pediatrik memberi perkhidmatan pergigian kepada pesakit yang berumur di bawah
               16 tahun dan berkeperluan  khas.  Ia  adalah  salah  satu  kepakaran yang  berasaskan 'hospital-based',
               di  mana kepakaran ini ditempatkan di  hospital-hospital Kementerian  Kesihatan Malaysia. Jabatan
               Pergigian Pediatrik di  Hospital  Teluk  Intan mempunyai 3(tiga) bilik  surgeri beserta 3(tiga  buah  kerusi
               pergigian).  1 (satu) bilik  surgeri  pakar pergigian manakala 2 (dua)  bilik surgeri pegawai  pergigian, bilik
               pakar pergigian pediatrik, bilik  pegawai, bilik  sterilisasi dan bilik  pemulihan (post-sedation recovery
               area). Jabatan ini juga terdiri daripada 2 (dua orang) pakar pergigian pediatrik, 3(tiga) orang  pegawai
               pergigian, 4(empat) orang pembantu pembedahan  pergigian dan dua orang  pembantu perawatan
               kesihatan.  Pegawai pergigian lantikan baru atau  dikenali  sebagai New  Dental Officer (NDO) yang
               dilantik secara kontrak  maupun  menunggu penempatan  secara  tetap dan  Pembantu  Pembedahan
               Pergigian  Pelatih  turut ditempatkan untuk menjalani  latihan seperti yang  dijadualkan bagi
               mendapatkan pendedahan untuk menangani kes-kes yang dirujuk ke kepakaran pergigian pediatrik.
               Skop rawatan pergigian pediatrik merangkumi rawatan pencegahan pergigian, rawatan restoratif kompleks,
               ortodontik interseptif, trauma pergigian dan tisu  lembut, infeksi oral,  rawatan komprehensif  bagi
               kanak-kanak keperluan khas, kes-kes surgikal; dan rawatan di bawah sedasi dan bius am. Sesi bius am pada
               masa sekarang adalah  tiga kali sebulan; iaitu  pada hari Khamis minggu  ke-dua dan  ke-empat dan  hari
               Jumaat ke-tiga setiap bulan.

               PENCAPAIAN KPI                                                                                                            HOSPITAL TELUK INTAN
               OBJEKTIF JABATAN
               1. Menyediakan promosi, perkhidmatan pencegahan, rawatan                                                                HOSPITAL TELUK INTAN
               dan pemulihan kesihatan pergigian kepada kanak-kanak
               berumur 16 tahun  dan ke bawah, terutamanya kanak-kanak
               dengan keperluan khas
               2. Menyediakan rawatan pergigian dan penjagaan kesihatan
               mulut yang komprehensif kepada semua kes yang dirujuk
               3. Mempertingkatkan kemahiran profesionalisma melalui
               latihan dan pembelajaran berterusan
               4. Terlibat dalam penyelidikan berkaitan dengan perkhidmatan
               penjagaan kesihatan
                AKTIVITI-AKTIVITI













                Continous Dental/Medical Education   Pensijilan Akreditasi MSQH Hospital   Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)
















                    Hari Bersama Pelanggan           Majlis hari raya di klinik Pakar   Hari Sukan Pergigian Daerah Hilir
                74                                                                                                                                                                            LAPORAN TAHUNAN 2023 | HOSPITAL TELUK INTAN
                74 LAPORAN TAHUNAN 2023 | HOSPITAL TELUK INTAN
   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80   81