Page 77 - 2023-HTI LAPORAN TAHUNAN 2023
P. 77
PENGENALAN
Kepakaran Pergigian Pediatrik memberi perkhidmatan pergigian kepada pesakit yang berumur di bawah
16 tahun dan berkeperluan khas. Ia adalah salah satu kepakaran yang berasaskan 'hospital-based',
di mana kepakaran ini ditempatkan di hospital-hospital Kementerian Kesihatan Malaysia. Jabatan
Pergigian Pediatrik di Hospital Teluk Intan mempunyai 3(tiga) bilik surgeri beserta 3(tiga buah kerusi
pergigian). 1 (satu) bilik surgeri pakar pergigian manakala 2 (dua) bilik surgeri pegawai pergigian, bilik
pakar pergigian pediatrik, bilik pegawai, bilik sterilisasi dan bilik pemulihan (post-sedation recovery
area). Jabatan ini juga terdiri daripada 2 (dua orang) pakar pergigian pediatrik, 3(tiga) orang pegawai
pergigian, 4(empat) orang pembantu pembedahan pergigian dan dua orang pembantu perawatan
kesihatan. Pegawai pergigian lantikan baru atau dikenali sebagai New Dental Officer (NDO) yang
dilantik secara kontrak maupun menunggu penempatan secara tetap dan Pembantu Pembedahan
Pergigian Pelatih turut ditempatkan untuk menjalani latihan seperti yang dijadualkan bagi
mendapatkan pendedahan untuk menangani kes-kes yang dirujuk ke kepakaran pergigian pediatrik.
Skop rawatan pergigian pediatrik merangkumi rawatan pencegahan pergigian, rawatan restoratif kompleks,
ortodontik interseptif, trauma pergigian dan tisu lembut, infeksi oral, rawatan komprehensif bagi
kanak-kanak keperluan khas, kes-kes surgikal; dan rawatan di bawah sedasi dan bius am. Sesi bius am pada
masa sekarang adalah tiga kali sebulan; iaitu pada hari Khamis minggu ke-dua dan ke-empat dan hari
Jumaat ke-tiga setiap bulan.
PENCAPAIAN KPI HOSPITAL TELUK INTAN
OBJEKTIF JABATAN
1. Menyediakan promosi, perkhidmatan pencegahan, rawatan HOSPITAL TELUK INTAN
dan pemulihan kesihatan pergigian kepada kanak-kanak
berumur 16 tahun dan ke bawah, terutamanya kanak-kanak
dengan keperluan khas
2. Menyediakan rawatan pergigian dan penjagaan kesihatan
mulut yang komprehensif kepada semua kes yang dirujuk
3. Mempertingkatkan kemahiran profesionalisma melalui
latihan dan pembelajaran berterusan
4. Terlibat dalam penyelidikan berkaitan dengan perkhidmatan
penjagaan kesihatan
AKTIVITI-AKTIVITI
Continous Dental/Medical Education Pensijilan Akreditasi MSQH Hospital Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)
Hari Bersama Pelanggan Majlis hari raya di klinik Pakar Hari Sukan Pergigian Daerah Hilir
LAPORAN TAHUNAN 2023 | HOSPITAL TELUK INTAN LAPORAN TAHUNAN 2023 | HOSPITAL TELUK INTAN 75

