Page 72 - 2022-HTI LAPORAN TAHUNAN 2022
P. 72

Jabatan Pergigian Pediatrik

                 Kepakaran Pergigian Pediatrik memberi perkhidmatan pergigian kepada pesakit yang berumur di bawah
                 16 tahun dan berkeperluan khas.. Ia adalah salah satu kepakaran yang berasaskan 'hospital-base', di ma-
                 na kepakaran ini ditempatkan di hospital-hospital Kementerian Kesihatan Malaysia.
                 Jabatan Pergigian Pediatrik di Hospital Teluk Intan mempunyai 3(tiga) bilik surgeri beserta 3(tiga buah
                 kerusi pergigian). 1 (satu) bilik surgeri pakar pergigian manakala 2(dua) bilik surgeri pegawai pergigian,
                 bilik pakar pergigian pediatrik, bilik pegawai, bilik sterilisasi dan bilik pemulihan (post-sedation recovery
                 area).
                 Jabatan ini juga terdiri daripada 1(seorang) pakar pergigian pediatrik, 3(tiga) orang pegawai pergigian, 4
                 (empat) orang pembantu pembedahan pergigian dan dua orang pembantu perawatan kesihatan. Pega-
                 wai pergigian lantikan baru atau dikenali sebagai New Dental Officer (NDO) yang dilantik secara kontrak
                 maupun menunggu penempatan secara tetap dan Pembantu Pembedahan Pergigian Pelatih turut ditem-
                 patkan  untuk  menjalani  latihan  seperti  yang  dijadualkan  bagi  mendapatkan  pendedahan  untuk  me-
                 nangani kes-kes yang dirujuk ke kepakaran pergigian pediatrik.
                 Skop rawatan pergigian pediatrik merangkumi rawatan pencegahan pergigian, rawatan restoratif kom-
                 pleks, ortodontik interseptif, trauma pergigian dan tisu lembut, infeksi oral, rawatan komprehensif bagi
                 kanak-kanak keperluan khas, kes-kes surgikal; dan rawatan di bawah sedasi dan bius am. Sesi bius am pa-
                 da masa sekarang adalah tiga kali sebulan; iaitu pada hari Khamis minggu ke-dua dan ke-empat dan hari
                 Jumaat ke-tiga setiap bulan.















                 Graf 1. Bilangan Kedatangan Pesakit di Jabatan Pergigian Pediatrik  pada tahun 2018-2022
                 Pencapaian KPI

                  KPI                                            Pencapaian (peratus)

                                                                          99%        100%        100%
                  Percentage of patients with waiting time of ≤90        []%         []%          []%
                  minutes to see the doctor at the Department of
                  Paediatric Dentistry
                                                                        2020         2021         2022


                                                                        0.10%
                  Oral Soft tissue injury during dental procedure in                  0%         0.03%
                  children
                                                                        2020         2021         2022


                                                                        2.20%
                  Percentage of failure restorations done under GA                  0.30%        0.70%
                  within 6 months
                                                                        2020         2021         2022


                 Rajah 1. Pencapaian  key performance indicator  (KPI) Jabatan Pediatrik bagi tempoh tiga tahun terkini.

                 65   LAPORAN TAHUNAN 2022 | HOSPITAL TELUK INTAN
 LAPORAN TAHUNAN 2022  | HOSPITAL TELUK INTAN                LAPORAN TAHUNAN 2022  | HOSPITAL TELUK INTAN         65
   67   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77