Page 75 - 2022-HTI LAPORAN TAHUNAN 2022
P. 75

Jabatan Radiologi

                 Jabatan Radiologi atau dahulunya lebih dikenali dengan Jabatan Pengimejan Diagnostik telah wujud sejak tahun 1987 untuk
                 memberi perkhidmatan pendiagnosan kepada pesakit luar dan juga pesakit dalam. Bersesuaian dengan status Hospital Teluk
                 Intan sebagai sebuah hospital berpakar major, perkhidmatan yang diberikan merangkumi hospital - hospital lain seperti Tapah,
                 Slim River. Changkat Melintang dan juga Sabak Bernam. Kini, Hospital Teluk Intan lebih dikenali sebagai Hospital Kluster Se-
                 latan. Selain itu, ia turut memberi perkhidmatan kepada klinik-klinik kesihatan yang berdekatan seperti Klinik Kesihatan Teluk
                 Intan (KKTI). Sg Sumun, Langkap, Bagan Datuk, Chenderong Balai dan Kg Gajah. Antara perkhidmatan pemeriksaan yang dise-
                 diakan di jabatan ini meliputi Pemeriksaan Xray Am. Xray Pergigian seperti OPG & CBCT, Xray di wad, Xray di Dewan Bedah (I.I).
                 Fluoroskopi, Mammografi. Imbasan Tomografi Berkomputer (CT SCAN). Ultrasound dan Khidmat Perundingan Pengimejan
                 Diagnostik. Selain itu, jabatan ini juga membantu bagi mendapatkan tarikh temujanji bagi pemeriksaan lanjutan seperti kes
                 Magnetic Resonance Imaging dan Bone Densitometer (BMD) di Hospital Raja Permaisuri Bainun. Jabatan turut beroperasi 24
                 jam untuk menerima kes - kes kecemasan dari Jabatan Kecemasan, wad-wad atau rujukan kecemasan dari hospital daerah
                 yang dinyatakan di atas.
                 Jabatan ini diketuai oleh Pakar Radiologi /Pakar Perunding Radiologi merangkap Ketua Jabatan dan telah bertukar ganti
                 seramai 9 orang sejak dari permulaan perkhidmatan terdahulu. Kini pada tahun 2022. Jabatan Radiologi ini dianggotai
                 sejumlah seramai 47 orang pegawai dari pelbagai kategori termasuk Pakar Radiologi, Pegawai Perubatan, Juru Xray. Pegawai
                 Sains Fizik, Jururawat, Jururawat Masyarakat dan Pembantu Perawatan Kesihatan. Namun masih terdapat kekosongan 1 pos
                 Pembantu Tadbir sehingga kini.

                 BEBANAN KERJA JABATAN RADIOLOGI
                           PEMERIKSAAN           SASARAN JABATAN        SASARAN 2021         PENCAPAIAN 2021
                                                    2022 (KES)             (KES)             hingga 30 Nov  2021
                   RADIOGRAFI BIASA                  65 000                65 000                59187
                   RADIOGRAFI KHAS/FLORO              250                   200                   319
                   ULTRASOUND                        8300                  8000                  7794
                   MAMMOGRAFI                         600                   580                   544
                   CT SCAN                           9000                  8000                  10107
                   PROSEDUR INTERVENTIONAL            200                   150                   269
                                             19% dari jumlah Radiografi Bias  19%                10261
                      LAPORAN RADIOGRAFI BIASA   a @ 13000 kes (yang    dari jumlah Radiografi Biasa @ 13  17.33%
                                                   mana tinggi)        000kes (yang mana
                                                                            tinggi)
                 PENCAPAIAN KEY PERFORMANCE INDICATOR  JABATAN RADIOLOGI TAHUN 2022
















                 Graf 1. Percentage of x-rays with turnaround time of ≤ 45 minutes of Urgent  Plain radiographic examination (X-ray) re-
                 quested by the Trauma & Emergency Unit/ Department 2020 - 2022

















                 Graf 2. Percentage of patients with waiting time of ≤ 60   Graf 3. Percentage of reject –retak images 2020 - 2022.
                                                                                          retake images 2020 - 2022.
                 minutes for commencement of ultrasound examination
                 2020 - 2022
                                                                   LAPORAN TAHUNAN 2022 | HOSPITAL TELUK INTAN    68
              68  LAPORAN TAHUNAN 2022  | HOSPITAL TELUK INTAN                                                                                                                       LAPORAN TAHUNAN 2022  | HOSPITAL TELUK INTAN
   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80