Page 5 - 2021-HTI LAPORAN TAHUNAN 2021
P. 5
Perutusan Pengarah
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua warga
HTI dan pada pembaca Laporan Tahunan 2021.
Alhamdullilah ,bersyukur kehadrat Allah S.W.T, HTI berjaya
menerbitkan Buku Laporan Tahunan 2021 ini dengan kondisi
yang lebih hebat. Syabas dan tahniah diucapkan kepada
barisan sidang editor yang telah bertungkus lumus dalam usaha
merealisasikan penerbitan buku laporan tahunan bagi tahun
2021 didalam suasana norma baharu ini.
Tahun 2021 ini merupakan tahun yang mecabar dimana
berlakunya peningkatan semula kes COVID -19 di Hospital
Teluk Intan yang bermula suku tahun kedua. Penggunaan katil
hospital bagi kes COVID-19 juga meningkat pada akhir Mac
2021. Beberapa wad telah tukar fungsi kepada wad COVID-19
berikutan keperluan yang mendesak. Kendatipun begitu, semua
petugas tetap komited terhadap tanggungjawab dan tugas bagi
merawat pesakit. Perjuangan dan pengorbanan kita semua
dalam menangani pandemik COVID-19 juga adalah tidak dapat
dibayangkan dan dibandingkan serta tidak terbalas dan tiada
gantinya. Kita masih belum berjaya, semoga kita dapat menemui
juga kejayaan di suatu masa nanti. Sabarlah semua.
Bertitik tolak daripada hal ini, kerajaan Malaysia telah
memulakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK)
pada 24 Februari 2021. Pusat Pemberian Vaksin (PPV) HTI telah
memulakan operasinya pada 1 Mac 2021. PPV HTI diteruskan
lagi dengan PICK Remaja pada September 2021.Bukan sahaja itu, malah Hospital Teluk Intan juga telah
dipilih sebagai Pusat Simpanan Vaksin (PSV) bagi Zon Perak Selatan yang membekalkan vaksin ke 14
buah PPV di dalam Daerah Hilir Perak, Manjung, Batang Padang dan Muallim. Dengan adanya sokongan
dan kerjasama antara semua pihak, kita mampu mengharungi bersama dalam fasa pandemik menuju ke
arah endemik.
Syabas dan Tahniah kepada semua warga HTI dan warga kesihatan di seluruh Malaysia. Teruslah
berjuang memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik untuk semua. HTI adalah agensi kesihatan
yang pertama di medan perang ini dan di barisan yang paling hadapan. Segala pengorbanan dan
perjuangan kita telah membuka jalan kepada yang lain untuk meneruskan perjuangan yang lebih baik
dan kita berjaya.
Akhir kata, terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menjadi pelanggan setia dan terus
memberikan kepercayaan yang tinggi kepada kami dalam memberikan rawatan yang terbaik setaraf
yang sepatutnya. Semoga laporan tahunan ini dapat memberikan manfaat maksimum dan sebagai
wadah keringat dan air mata akar umbi dalam menyampaikan maklumat yang mempunyai nilai tambah,
berdaya saing, lebih informatif dan sentiasa terkini serta cakna dengan perkembangan era baharu.
“ WE ARE HTI, WE ARE ALWAYS FEW STEPS AHEAD and We provide World Class Healthcare”
“ WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“ PENYAYANG, PROFESIONALISMA DAN KERJA BERPASUKAN ADALAH BUDAYA KERJA KITA ”
Saya yang menjalankan amanah,
Dr. KHAIRUL BAHARIN BIN MOHD BAHARUDDIN PMP
M.D. (UKM),MCHS (HMHE) UKM, CMIA (NIOSH)
MMC : 38327
KETUA KLUSTER
HOSPITAL KLUSTER PERAK SELATAN
PENGARAH HOSPITAL TELUK INTAN 2
PERAK DARUL RIDZUAN

