Page 8 - 2021-HTI LAPORAN TAHUNAN 2021
P. 8
PENGENALAN HTI
Hospital Daerah Teluk Intan telah ditubuhkan sejak tahun 1923, di Jalan
Bandar,Teluk Intan. Disebabkan lokasi hospital lama ini sering dilanda
banjir serta kawasan yang sempit untuk aktiviti maka hospital ini
dipindahkan ke lokasi baharu iaitu di Jalan Changkat Jong – Ipoh,kira-kira
4 km dari Bandar Teluk Intan. Secara rasmi, hospital ini telah disiapkan
dan diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia pada 28 Mac
1987.
Pada tahun 2020, Hospital Teluk Intan telah mendapat pengiktirafan
sebagai hospital berpakar major. Ini adalah kerana Hospital Teluk Intan
menawarkan perkhidmatan 15 kepakaran iaitu Perubatan Dalaman,
Pembedahan Am, Kecemasan dan Trauma, Anestesiologi, Obstetrik
dan Ginekologi, Pediatrik, Pergigian Pediatrik, Ortopedik, Oftalmologi, Otorinolaringologi, Bedah Mulut
dan Maksilofasial, Psikiatri, Radiologi, Patologi, Transfusion Medicine dan 6 sub-kepakaran iaitu Joint
Arthroplasty, Histopathology, Hematology , Chemistry Pathology, Microbiology dan Anatomy Pathology
kepada masyarakat setempat dan sekitarnya.
Bukan itu sahaja, bahkan Hospital Teluk Intan juga merupakan ketua bagi Hospital Kluster Perak Selatan
menawarkan perkhidmatan bukan sahaja dalam Daerah Hilir Perak sebaliknya meliputi sebahagian
kawasan di Daerah Manjung, Perak Tengah, Kampar dan Sabak Bernam yang mana merangkumi
sejumlah 600,000 lebih orang penduduk .
Disamping itu juga, Hospital Teluk Intan turut berjaya menerbitkan laporan tahunan hospital dan buletin
tahunan hospital, bagi memberi info dan berkongsi pencapaian semasa hospital serta program-
program yang telah dijalankan sepanjang tahun. Rajah dibawah menunjukkan gambar laporan tahunan
dan buletin yang telah diterbitkan.
Laporan Tahunan Hospital yang telah diterbitkan dari tahun 2018,2019 dan 2020.
Buletin Hospital Teluk Intan yang telah diterbitkan dalam tempoh 3 tahun terkini.
5 5

