Page 3 - 2020-HTI LAPORAN TAHUNAN 2020
P. 3

PERUTUSAN
            PENGARAH                                                     HOSPITAL TELUK INTAN






            Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera ,

            Alhamdullilah ,bersyukur kehadrat Allah S.W.T diatas limpah dan kurniaNya, Hospital Teluk Intan
            berjaya menerbitkan Buku Laporan Tahunan 2020 ini. Syabas dan tahniah diucapkan kepada
            barisan sidang editor yang telah bertungkus lumus dalam usaha merealisasikan penerbitan
            buku laporan tahunan bagi tahun 2020 didalam suasana norma baharu ini.

            Bemula awal Januari 2020, Hospital Teluk Intan telah berkolaboratif dengan Hospital Slim
            River dan Hospital Tapah membentuk Hospital Kluster Perak Selatan dimana pelbagai manfaat
            dan akses diantara ketiga buah hospital ini dapat dikongsi bersama. Sebagai sebuah hospital
            kluster (lead  hospital)  dan juga hospital  berpakar,  Hospital Teluk  Intan  menerima banyak
            rujukan dari pelbagai agensi kesihatan sama ada swasta mahupun kerajaan.


            Seperti  yang diketahui  umum,  tahun  2020  merupakan  tahun yang  mencabar  bagi  seluruh
            negara kerana dilanda pandemik wabak COVID-19. Tidak terkecuali Hospital Teluk Intan yang
            mempunyai sejarah tersendiri yang tidak mungkin dilupakan. Perjuangan dan pengorbanan
            semua warga kesihatan Hospital Teluk Intan dalam menangani pandemik COVID-19 tidak dapat
            dibayangkan dan dibandingkan serta tidak terbalas dan tiada gantinya. Perjuangan kita masih
            belum  selesai  dan  kita  masih  belum  menang,  semoga
            disuatu hari nanti kita menemui kejayaan.

            Akhir kata, syabas dan tahniah kepada semua warga HTI dan
            warga kesihatan di seluruh Malaysia. Teruskan berjuang
            memberi  perkhidmatan  kesihatan  yang  terbaik untuk
            semua. Segala pengorbanan anda semua di organisasi
            ini  telah  membuka  jalan  kepada  hospital-hospital  untuk
            meneruskan perjuangan yang lebih baik dan berjaya.

            Terima kasih kerana memberi kepercayaan yang tinggi
            kepada kami. Terima kasih yang tidak terhingga
            kepada seluruh rakyat yang menjadi pelanggan setia
            kami kerana terus memberikan kepercayaan yang
            tinggi kepada kami dalam    memberikan rawatan
            yang terbaik setaraf yang sepatutnya. “WE ARE HTI
            and We Provide World Class Healthcare”.

            Sekian, terima kasih.
            “WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
            “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
            Saya yang menjalankan amanah,








            Dr. KHAIRUL BAHARIN BIN MOHD BAHARUDDIN PMP
            M.D. (UKM),MCHS (HMHE) UKM, CMIA (NIOSH)
            MMC : 38327
            KETUA KLUSTER
            HOSPITAL KLUSTER PERAK SELATAN
            PENGARAH HOSPITAL TELUK INTAN
            PERAK DARUL RIDZUAN
                                                                                                           1 1 1
   1   2   3   4   5   6   7   8