Page 7 - 2020-HTI LAPORAN TAHUNAN 2020
P. 7
HOSPITAL TELUK INTAN
PENGENALAN - Hospital Teluk Intan telah didirikan bagi menggantikan
hospital daerah yang lama di Jalan Bandar, Teluk Intan yang tidak mampu
menampung pertambahan bilangan penduduk setempat. Hospital ini memberikan
perkhidmatan kepada penduduk setempat dan kawasan-kawasan sekitarnya
meliputi kawasan seluas 1742.284 km persegi (Daerah Hilir Perak seluas 792.073
km2 dan Daerah Bagan Datuk seluas 949.699km2 ). Hospital ini juga memberikan
perkhidmatan kepada kira-kira 225 200 orang penduduk.Hospital ini dapat
menempatkan sejumlah 548 buah katil.
Hospital Teluk Intan telah mendapat pengiktirafan sebagai Hospital Berpakar
Major. Ini adalah kerana Hospital Teluk Intan menawarkan perkhidmatan 15
kepakaran dan 6 sub-kepakaran kepada masyarakat setempat dan sekitarnya. Antara kepakaran yang ditawarkan
di Hospital Teluk Intan adalah Perubatan Dalaman, Pembedahan Am, Kecemasan dan Trauma, Anestesiologi,
Obstetrik dan Ginekologi, Pediatrik, Pergigian Pediatrik, Ortopedik, Oftalmologi, Otorinolaringologi, Bedah Mulut
dan Maksilofasial, Psikiatri, Radiologi, Pathologi dan Perubatan Transfusi. Sub-kepakaran yang ditawarkan adalah
Joint Arthroplasty, Histophatologi, Heamatologi, Patologi Kimia, Microbiologi dan Patologi Anatomi.
Perkhidmatan kepakaran ini ditawarkan bukan sahaja dalam Daerah Hilir Perak, malah turut dirasai penduduk
luar daerah termasuk daerah Batang Padang, daerah Mualim, daerah Perak Tengah, sebahagian daerah Kampar
,sebahagian daerah Manjung dan daerah Sabak Bernam, Selangor.
Hospital Teluk Intan turut menerima rujukan kes dari hospital-hospital lain dalam negeri Perak dan Utara Negeri
Selangor. Contohnya, Hospital Tapah, Hospital Slim River, Hospital Sabak Bernam, Selangor dan sebahagian dari
Hospital Manjung dan Hospital Changkat Melintang.
Selain itu juga, Hospital Teluk Intan adalah sebuah Hospital Kluster bagi bahagian selatan negeri Perak sejak
tahun 2020. Hospital Tapah dan Hospital Slim River telah bergabung dibawah satu pentadbiran hospital kluster
yang diterajui oleh Hospital Teluk Intan.
Rajah dibawah menunjukkan Buletin HTI 2018 & 2019
Penduduk (‘000)/
Tahun dan Laporan Tahunan HTI tahun 2018 & 2019.
Mukim
Jumlah
2010e 2020e
Daerah Hilir Perak 223.4 266.0
Bagan Datoh 14.6 18.6
Changkat Jong 29.4 35.0
Durian Sebatang 91.0 103.4
Hutan Melintang 39.3 45.5
Labu Kubong 13.4 15.5
Rungkup 13.6 16.0
Sungai Durian 4.3 7.0
Sungai Manik 9.8 13.0
Telok Baharu 8.1 12.0
Jadual 1 : Anggaran populasi penduduk
Daerah Hilir Perak mengikut Mukim antara
tahun 2010 dan 2020.
Nota :
No t a :
2010-2020
an da
sa
sa
sk
1. 2010-2020 : Unjuran penduduk berasaskan data
1.
sk
a
a
: Unjur
: Unjur
a
an penduduk ber
an da
a
t
an penduduk ber
t
5 55
Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010.
Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010.
Banci Penduduk dan Perumahan Mala y sia 2010. 5
: ang
an
gar
2. e : anggaran
2. e : anggaran
AN PERANGKAAN MALA
Sumber : JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA
Sumber : JABA T T AN PERANGKAAN MALA YSIA
YSIA
Sumber : JABA

