Majlis Penyampaian Sijil Pengiktirafan Klinik Kesihatan Best Practice Perkhidmatan Kesihatan Mesra Remaja (PKMR) semasa Perhimpunan Bulanan KKM pada 13 Mac 2025
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak mengucapkan tahniah kepada 3 Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), iaitu PKD Manjung, PKD Bagan Datuk dan PKD Hilir Perak, kerana menerima sijil pengiktirafan Best Practice Perkhidmatan Kesihatan Mesra Remaja (PKMR) melalui Klinik Kesihatan (KK) Teluk Intan, KK Hutan Melintang dan KK Beruas. JKN Perak menghargai usaha gigih dan berterusan anggota kesihatan di semua KK tersebut.
Sehingga kini, sebanyak 9 KK di Perak telah mendapat pengiktirafan sebagai Best Practice PKMR dari tahun 2019 ke tahun 2024. PKMR menyediakan perkhidmatan saringan kesihatan, khidmat nasihat, kaunseling, rawatan dan rujukan sekiranya perlu. Skop perkhidmatan yang disediakan adalah merangkumi kesihatan fizikal, pemakanan, mental, seksual dan reproduktif serta tingkahlaku berisiko. Usaha ini bertujuan untuk menghasilkan remaja yang resilien, berkualiti, dan sihat dari segi fizikal, mental dan spiritual.
Jadi, ibu bapa dan remaja boleh mendapat perkhidmatan di 9 KK Best Practice PKMR seperti berikut:
Jangan malu dan jangan segan! Datanglah dan dapatkan Perkhidmatan Kesihatan Mesra Remaja yang disediakan. JKN Perak akan meneruskan usaha agar lebih banyak KK diiktiraf sebagai Best Practice PKMR bagi menyediakan perkhidmatan terbaik untuk remaja kita.