Profil Jabatan
Hospital Gerik dibina pada 1919 di kawasan 8 ekar di Jalan Intan. Ianya mula dibina dengan hanya dua wad iaitu wad lelaki dan perempuan yang berkongsi dengan wad bersalin dan bilik kecemasan dengan jumlah katilnya sebanyak lapan belas buah sahaja. Ia mula beroperasi sejak tahun 1957 dan telah melalui beberapa proses penambahbaikan dengan pembinaan bangunan baru siap dibina pada tahun 1992. Hospital Gerik merupakan satu-satunya hospital kerajaan yang menyediakan khidmat perubatan di Daerah Hulu Perak yang berkeluasan 656,044 km persegi. Ia juga menyediakan khidmat pakar lawatan dari Hospital Taiping dan Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Hospital Gerik dilengkapi dengan 75 buah katil yang terdiri daripada Wad Lelaki, Wad Perempuan, Wad Pediatrik dan Wad Bersalin.
Maklumat Am
Isnin - Jumaat
12.30 tengah hari - 2.00 petang
Sabtu, Ahad & Cuti Umum
12.30 tengah hari - 2.00 petang
Maklumat Perhubungan
Hospital Gerik
Jalan Intan
33300 Gerik
Perak Darul Ridzuan
No. Telefon : 05 - 791 1333
Kecemasan & Trauma
Rawatan Pesakit Dalam
Rawatan Pesakit Luar
Makmal Patologi
Forensik
Hemodialisis
Rekod Perubatan
Fisioterapi
Dietetik & Sajian
CSSU
Pemulihan Cara Kerja
Pembedahan Minor
Pengurusan
Farmasi & Bekalan
Pengimejan & Diagnostik