my en |         |  

preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Piagam Pelanggan

TERAS PIAGAM


Piagam ini ditujukan khas kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan Jabatan Kesihatan Negeri Perak.

1. KEMUDAHAN UNTUK PELANGGAN
 1.1  Setiap pelanggan boleh mendapat perkhidmatan yang sewajarnya daripada Jabatan ini tanpa mengira umur, jantina, keturunan, agama atau taraf sosial-ekonomi.
 1.2  Setiap pelanggan yang ditakrifkan sebagai dalam keadaan kecemasan akan diberi perkhidmatan dengan segera.
   
2. TARAF PERKHIDMATAN
 2.2 Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan sebaik mungkin secara profesional.
 2.3 Setiap pelanggan akan disediakan dengan kemudahan dan persekitaran yang bersih dan sempurna.
   
3. MAKLUMAT PERKHIDMATAN
 3.1 Setiap pelanggan boleh mendapat penjelasan dan nasihat mengenai perkhidmatan yang diberikan kepadanya.
 3.2 Setiap pelanggan boleh mendapat laporan mengenai perkhidmatan yang diterimanya secepat mungkin setelah membuat permohonan mengikut peraturan yang ditetapkan.
   
4. PENDIDIKAN KESIHATAN
 4.1 Setiap pelanggan akan diberikan maklumat mengenai aspek-aspek penting dari segi rawatan kesihatan dan pencegahan penyakit.

 

 

KEWAJIPAN PELANGGAN


Untuk membolehkan Jabatan Kesihatan Negeri Perak melaksanakan Piagam ini dengan berkesan, pelanggan adalah berkewajipan untuk :
i. Mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan
ii. Menjaga kesihatan dirinya dan masyarakat dengan mengamalkan cara hidup yang sihat dan
iii. Menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan secara bertanggungjawab.

    

googlemap1

PERAK STATE HEALTH DEPARTMENT
Jalan Koo Chong Kong
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

  05-245 6000
   jknperak@moh.gov.my

Web Display

For better experience please use : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
with resolution  1366 x 768

Mobile Web

 Image

Total Visitors

090517
Hari Ini: 127
Keseluruhan: 90,517

Latest Update

  • Tarikh kemaskini: 10 October 2024.

SITEMAP   |   DISCLAIMER   |   PRIVACY POLICY   |   SECURITY POLICY   |   FAQs   |   SUPPORT