my en |         |  

preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Majlis Perasmian Invasive Cardiac Lab Kedua (ICL2) HRPB

box majlisperasmianinvasivecardiaclab

Jumaat 30 Mei 2025|Majlis Perasmian Invasive Cardiac Lab kedua (ICL2), Jabatan Kardiologi, Kompleks Wanita, Kanak-Kanak dan Kardiologi (KWKK), Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh telah disempurnakan oleh YBrs. Dr Feisul Idzwan bin Mustapha, Pengarah Kesihatan Negeri Perak.

Ia turut dihadiri oleh YBrs. Dr Nor Hanim binti Mohd Amin, Ketua Jabatan Kardiologi HRPB, YBrs. Dr Hj Saiful Azlan bin Hj Sharif, Pengarah HRPB, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan), Timbalan-Timbalan Pengarah HRPB, Pegawai-Pegawai Kanan JKN Perak, wakil-wakil vendor/projek serta warga HRPB.

Dalam ucapan perasmian, YBrs. Dr Feisul Idzwan menyentuh tentang perjalanan Jabatan Kardiologi HRPB yang bermula pada tahun 2011 dengan bilangan katil wad yang terhad, Klinik Kardiologi serta Non Invasive Cardiac Lab (NICL). Ini diikuti dengan permulaan servis intervensi kardiologi melalui ICL pertama, 2 tahun selepas itu. Pelbagai servis baru diperkenalkan oleh Jabatan Kardiologi HRPB sejak tahun 2019 dan berkembang lebih pesat sejak berpindah sepenuhnya ke bangunan KWKK pada 8 Januari 2020. Ia memberi rawatan jantung bukan sahaja kepada para pesakit dari HRPB dan seluruh Negeri Perak, malah merentasi dua negeri termasuk Sabak Bernam (Selangor) dan Cameron Highlands (Pahang). YBrs. Dr Feisul Idzwan juga mengucapkan tahniah kepada Jabatan Kardiologi atas segala kejayaan selama ini dan percaya ia mampu menyediakan perkhidmatan Kardiologi bertaraf lebih tinggi dengan kemudahan ICL2 yang serba moden. Menurut beliau, majlis pada hari ini adalah satu pencapaian besar dalam lipatan sejarah perkhidmatan kesihatan di Perak, khususnya di bidang Kardiologi.

YBrs. Dr Nor Hanim binti Mohd Amin, Ketua Jabatan Kardiologi HRPB semasa ucapan aluan, beliau telah menyatakan kesyukuran menerima ICL2. Ini amat diperlukan bagi membantu menangani beban penyakit jantung yang sangat tinggi di Perak. Jabatan ini adalah antara top volume centre bagi prosedur intervensi kardiologi di Malaysia bagi kapasiti 1 ICL. Antara output yang cuba dicapai oleh Jabatan Kardiologi HRPB setelah bermulanya ICL2 adalah memperkukuhkan perkhidmatan Primary PCI pesakit acute ST-Elevation Myocardial Infarction (STEMI) dari Jabatan Kecemasan HRPB serta memulakan Kinta Valley Primary PCI STEMI Network dengan Hospital Batu Gajah sebagai hospital perintis. Output lain pula adalah cuba mengurangkan waiting list bagi prosedur elektif koronari angiogram kepada hampir 50%.

Dalam pada itu, beliau berharap proposal penubuhan Jabatan Pembedahan Kardiotorasik di KWKK juga dapat diluluskan dalam masa terdekat ini oleh pihak KKM kerana dijangka para pesakit jantung yang memerlukan pembedahan Coronary Artery Bypass Graft (CABG) juga akan bertambah akibat pertambahan diagnosa melalui angiogram oleh para Pakar Kardiologi, Jabatan Kardiologi. Beliau menyatakan keyakinan bahawa segala output akan dapat dicapai dengan sokongan berterusan daripada barisan pengurusan tertinggi HRPB dan JKN Perak.

Majlis Perasmian telah diisi dengan sesi tandatangan plak perasmian, demonstrasi prosedur angiogram menggunakan mannequin, penerangan berkenaan penglibatan kakitangan dalam prosedur ICL serta kemudahan dalam sistem angiogram ICL2. Majlis diakhiri dengan sesi ramah mesra YBrs. Dr Feisul Idzwan bersama barisan pakar-pakar kardiologi HRPB.

googlemap1

PERAK STATE HEALTH DEPARTMENT
Jalan Koo Chong Kong
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

  05-245 6000
   jknperak@moh.gov.my

Web Display

For better experience please use : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
with resolution  1366 x 768

Mobile Web

 Image

Total Visitors

210599
Hari Ini: 69
Jumlah: 210,599

Latest Update

  • Tarikh kemaskini: 08 October 2025.

SITEMAP   |   DISCLAIMER   |   PRIVACY POLICY   |   SECURITY POLICY   |   FAQs   |   SUPPORT