my en |         |  

preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Operasi Perak Bersih dan Sihat (OPBS) Zon Selatan

box perakbersih

Operasi ini diselaraskan oleh Cawangan Inspektorat dan Perundangan Jabatan Kesihatan Negeri Perak dimana Pejabat Kesihatan Daerah Hilir Perak telah menjadi Tuan Rumah. Operasi ini yang melibatkan 45 anggota Pegawai Diberi Kuasa telah berlangsung selama 3 hari 2 malam (17 hingga 19 Februari 2025) di seluruh Daerah Hilir Perak.

Penguatkuasaan yang dijalankan adalah berpandukan kepada Undang-Undang Kesihatan Awam yang merangkumi Akta Makanan 1983 dan Peraturannya, Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024, Akta Pencegahan Serangga Pembawa Penyakit 1975, dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Aktiviti penguatkuasaan ini adalah salah satu inisiatif Pegawai Diberi Kuasa dalam mendidik masyarakat agar cakna dalam penjagaan kesihatan diri serta individu yang lain terutama ketika berada di tempat awam.

Jabatan Kesihatan Negeri Perak juga ingin menasihatkan orang ramai dan pengusaha premis makanan untuk terus mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai usaha dalam mengekalkan tahap kesihatan masyarakat yang sejahtera.

googlemap1

PERAK STATE HEALTH DEPARTMENT
Jalan Koo Chong Kong
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

  05-245 6000
   jknperak@moh.gov.my

Web Display

For better experience please use : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
with resolution  1366 x 768

Mobile Web

 Image

Total Visitors

165901
Hari Ini: 116
Jumlah: 165,901

Latest Update

  • Tarikh kemaskini: 20 May 2025.

SITEMAP   |   DISCLAIMER   |   PRIVACY POLICY   |   SECURITY POLICY   |   FAQs   |   SUPPORT