Β  Β myΒ enΒ |Β Β Β Β Β Β Β  |

preset 1 Β preset 2 Β preset 3 Β preset empatΒ Β 

Perhimpunan Bulanan JKN Perak Ogos 2026


πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„π‘π‡πˆπŒππ”ππ€π 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 πŽπ†πŽπ’ πŸπŸŽπŸπŸ” 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„π’πˆπ‡π€π“π€π ππ„π†π„π‘πˆ ππ„π‘π€πŠ
Β 
27 Ogos 2026 – Perhimpunan Bulanan Jabatan Kesihatan Negeri Perak bagi bulan Ogos 2026 telah berlangsung di Dataran D'Mesra yang dikendalikan oleh Bahagian Pengurusan. Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Feisul Idzwan bin Dato’ Mustapha, Pengarah Kesihatan Negeri Perak dan turut dihadiri oleh barisan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri serta seluruh warga JKN Perak.
YBhg. Dato’ Pengarah memulakan ucapan dengan merakamkan ucapan tahniah kepada barisan jawatankuasa pelaksana Jabatan Kesihatan Negeri Perak yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan Majlis Pelancaran Pelan Strategik Penentu Sosial Kesihatan Orang Asli (NSPSDHOA) 2026 – 2035. Pengarah turut merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada atas kejayaan JKN Perak yang telah memenangi Johan Keseluruhan Jelajah Kecergasan 2026 Peringkat Kebangsaan, dengan membawa pulang tujuh pingat emas, serta dinobatkan sebagai Pemenang Piala Jabatan Kesihatan Negeri Perak yang Aktif.
YBhg. Dato’ Pengarah turut mengumumkan beberapa hari kesedaran dan sambutan penting sepanjang bulan Ogos, antaranya Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2026 yang mengangkat aspirasi Malaysia MADANI dalam membina negara yang maju, inklusif dan sejahtera. Selain itu, Minggu Kesedaran Pendermaan Organ (MKPO) Peringkat Kebangsaan 2026 turut diketengahkan sebagai usaha menyemai nilai kasih sayang dan kemanusiaan serta memberi harapan kepada pesakit yang memerlukan.
Seterusnya, majlis diserikan dengan sesi penyampaian Pingat Anugerah Pekerja Contoh Bulanan (APCB) sebagai tanda penghargaan kepada warga kerja yang telah menunjukkan prestasi cemerlang, komitmen tinggi serta kecemerlangan dalam pelaksanaan tugas dan tanggungjawab.
Β 
Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2026 bertemakan β€œAsas Kehidupan Lestari: Perkukuhkan Amalan Yang Berkesan” yang disambut pada 1 hingga 7 Ogos menekankan kepentingan penyusuan susu ibu serta sokongan berterusan kepada ibu menyusu. Seiring dengan sambutan tersebut, YBhg. Dato’ Pengarah telah menyempurnakan penyampaian Sijil Pengiktirafan Klinik Rakan Bayi kepada semua Pejabat Kesihatan Daerah yang melibatkan klinik-klinik kesihatan bagi mengiktiraf komitmen klinik kesihatan dalam menyediakan persekitaran yang menyokong, melindungi dan mempromosikan amalan penyusuan susu ibu.
YBhg. Dato’ Pengarah telah menyempurnakan penyampaian simbolik bunting kempen kepada Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan), mewakili Hospital Bahagia Ulu Kinta, dan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam) mewakili semua Pejabat Kesihatan Daerah, sebagai tanda komitmen bersama dalam membina persekitaran yang lebih terbuka, inklusif, prihatin dan bebas daripada stigma.
Majlis turut diserikan dengan penyampaian hadiah bagi β€˜Cabaran Langkah Sihat Itu Saya’ antara Jabatan Kesihatan Negeri yang berlangsung selama 90 hari. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemenang yang telah menunjukkan semangat, komitmen dan usaha yang luar biasa sepanjang cabaran.
Β 
Pada akhir ucapan, YBhg. Dato’ Pengarah menyeru warga JKN Perak agar terus memberikan komitmen dalam menjayakan setiap agenda dan inisiatif yang dirancang. Beliau turut mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan kawad kontinjen JKN Perak yang akan menyertai perbarisan sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Tahun 2026.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Bahagian Pengurusan selaku penganjur, serta semua pihak yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan Perhimpunan Bulanan Jabatan Kesihatan Negeri Perak bagi bulan Ogos 2026.
Β 

googlemap1

PERAK STATE HEALTH DEPARTMENT
Jalan Koo Chong Kong
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

  05-245 6000
   jknperak@moh.gov.my

Web Display

For better experience please use : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
with resolution  1366 x 768

Mobile Web

 Image

Total Visitors

296339
Hari Ini: 271
Jumlah: 296,339

Latest Update

  • Tarikh kemaskini: 17 September 2026.

SITEMAP   |   DISCLAIMER   |   PRIVACY POLICY   |   SECURITY POLICY   |   FAQs   |   SUPPORT