ππππππ πππππππππππ πππππ πππππππππ ππππ πππππππ πππππππππ ππππππ πππππ
30 September 2025 β Perhimpunan Bulanan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak telah diadakan di Dataran DβMesra, JKN Perak. Majlis disempurnakan oleh YBrs. Dr. Feisul Idzwan bin Mustapha, Pengarah Kesihatan Negeri dan juga turut dihadiri oleh Timbalan-Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri dan seluruh warga JKN Perak.
Pengarah Kesihatan Negeri Perak menekankan kepentingan pembudayaan gaya hidup sihat melalui inisiatif seperti Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) 2025 dan konsep Healthy Living Mall yang menyasarkan peningkatan literasi kesihatan rakyat. Beliau turut mengingatkan bahawa cabaran kesihatan seperti obesiti, diabetes dan hipertensi perlu diberi perhatian serius.
Selain itu, majlis diserikan lagi dengan meraikan anggota-anggota cemerlang dalam Anugerah Pekerja Contoh Bulanan (APCB) bagi bulan September 2025 iaitu Pn. Nurshatira Binti Adam (Pembantu Tadbir (Kew W2, Pengurusan), Pn. Suntharavalli a/p Vadivalu (Pen. Peg. Kes.Persekitaraan U5, Kesihatan Awam), Pn. Nur Hafizah binti Muhamad Ehwan (Pembantu Tadbir N1, Kesihatan Awam), Dr. Muhamad Fairuz Bin Samsuddin (Pegawai Perubatan U14, Perubatan), Dr. Khadijah Binti Nasarddin (Pegawai Pergigian UG14, Pergigian), Pn. Norirmawath Binti Saharuddin (Pegawai Farmasi UF14, Farmasi). Tahniah diucapkan kepada penerima anugerah yang berdedikasi dan menjalankan tanggungjawab sebagai penjawat awam yang cemerlang.
Selain itu, Pengarah Kesihatan Negeri turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang Pertandingan Sudut Kebangsaan sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Tahun 2025. Tahniah diucapkan kepada Zon Pandak (Tingkat 4) yang telah dinobatkan sebagai Johan, diikuti oleh Zon Long Jaafar (Pergigian dan Kewangan Tingkat 5) sebagai Naib Johan, manakala tempat Ketiga dimenangi oleh Zon Ngah Ibrahim (Farmasi). Syabas dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua zon yang telah menunjukkan kreativiti, semangat patriotik dan komitmen tinggi dalam menjayakan pertandingan ini. Terima kasih kepada semua warga yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.