JOM KE “SAMBUTAN HARI JANTUNG SEDUNIA 2025 PERINGKAT NEGERI PERAK”
Jangan Lupa..! Sertai kami di Sambutan Hari Jantung Sedunia 2025 Peringkat Negeri Perak yang akan berlangsung di Mydin Mall Meru, Ipoh.
Salah satu tarikan utama program ini ialah pemeriksaan jantung (ECHOCARDIOGRAM) yang ditawarkan secara PERCUMA kepada orang awam. Peluang amat baik untuk menjalani pemeriksaan awal bagi mengesan masalah jantung sebelum ia menjadi serius.
Apakah ECHOCARDIOGRAM??
Ia adalah scan jantung untuk melihat struktur, saiz, kekuatan pengepaman jantung serta masalah injap jantung.
Pemeriksaan Echocardiogram ini akan dijalankan pada:
- 11 Oktober 2025 (Sabtu). 10.00 pagi - 3.00 petang
- 12 Oktober 2025 (Ahad). 10.00 pagi -1.00 petang
Syarat penyertaan:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas
- Tidak mempunyai sejarah penyakit jantung.
- Kriteria klinikal abnormal dikesan semasa saringan kesihatan pada hari tersebut
(Tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan)
Anjuran: Persatuan Kardiologi Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh Untuk siapa? : Terbuka kepada semua yang memenuhi syarat penyertaan.
Untuk maklumat lanjut:
Hubungi pihak penganjur atau layari laman media sosial rasmi di:
Facebook / Instagram: @PersatuanKardiologiHRPB
Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk mengetahui tahap kesihatan jantung anda. Percuma, tetapi besar manafaatnya.