my en |         |  

preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

LAMAN INFORMATIF EKSA JKN PERAK

Laman ini adalah bertujuan untuk memberi informasi terkini berhubung aktiviti EKSA JKN Perak

Pengenalan EKSA

 

Ekosistem Kondusif Sektor Awam atau EKSA telah diperkenalkan mulai Januari 2014 sebagai inisiatif penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam oleh pihak MAMPU dengan mengambil kira keperluan bagi mengetengahkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan kondusif supaya lebih relevan kepada jabatan/agensi sektor awam. 


Langkah penjenamaan semula ini difikirkan sesuai dan seiring dengan perubahan dan kehendak semasa untuk meningkatkan prestasi dan daya saing organisasi di samping menyemarakkan lagi budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan warga JKN Perak. 


Komponen utama dalam pelaksanaan EKSA masih berteraskan Amalan 5S yang ditambahbaik di samping penambahan beberapa elemen baharu. Amalan 5S ditambahbaik dengan menambah lima elemen baharu iaitu:

Imej Korporat
Meningkatkan Imej Korporat

Kreativiti dan Inovasi 
Menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras dengan tuntutan pihak berkepentingan

Amalan Hijau 
Menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Amalan Hijau

Persekitaran Kondusif
Memperluaskan perlaksanaan di agensi kerajaan bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif

Kepelbagaian Agensi
Memastikan elemen pengauditan memenuhi keperluan kepelbagaian agensi kerajaan

Dasar EKSA JKN Perak

EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) MEMBENTUK KECEMERLANGAN ORGANISASI MELALUI BUDAYA KERJA PROFESIONAL, BERDISIPLIN, KREATIF DAN KOMPETITIF BERTERASKAN TADBIR URUS PERSEKITARAN YANG KONDUSIF

Surat Pelaksanaan EKSA

Takwim EKSA
Bulan Oktober

1) Gotong Royong EKSA (mana-mana hari Jumaat)
2) Audit Dalaman EKSA Bil. 2/2024
3) Audit Luar EKSA (pembaharuan sijil)

Kenali Zon EKSA JKN Perak

0
Zon
0
Sub Zon

Zon 1

Sub Zon Ngah Jabor
Sub Zon Pandak
Sub Zon Panglima Hitam
Selanjutnya

Zon 2

Sub Zon Tun Saban
Sub Zon Si Puntum
Sub Zon Ahmad Boestamam
Sub Zon Dr Seenivasagam
Sub Zon Buyong Adil
Selanjutnya

Zon 3

Sub Zon Megat Terawis
Sub Zon Ngah Ahmad
Selanjutnya

Zon 4

Sub Zon Dato Maharaja Lela
Sub Zon Long Jaafar
Selanjutnya

Zon 5

Sub Zon Ngah Ibrahim
Selanjutnya

Zon 6

Sub Zon Dato Sagor
Selanjutnya

Sekilas Aktiviti EKSA 2024
Sekilas Aktiviti EKSA 2023
Sudut Kemerdekaan EKSA
Amalan EKSA Di Pejabat
Amalan Go-Green Di Pejabat
Laman EKSA ini sedang dalam proses pengemaskinian maklumat. Pihak Jawatankuasa EKSA Jabatan Kesihatan Negeri Perak tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam Laman EKSA ini.

googlemap1

PERAK STATE HEALTH DEPARTMENT
Jalan Koo Chong Kong
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

  05-245 6000
   jknperak@moh.gov.my

Web Display

For better experience please use : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
with resolution  1366 x 768

Mobile Web

 Image

Total Visitors

090496
Hari Ini: 106
Keseluruhan: 90,496

Latest Update

  • Tarikh kemaskini: 10 October 2024.

SITEMAP   |   DISCLAIMER   |   PRIVACY POLICY   |   SECURITY POLICY   |   FAQs   |   SUPPORT