my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

   preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Rawatan Pemulihan Carakerja

Pengenalan

Perkhidmatan Pemulihan Carakerja di Hospital Bahagia Ulu Kinta berperanan untuk menilai kefungsian harian setiap pesakit yang dirujuk serta menjalankan rawatan pemulihan psikiatri yang menjurus ke arah kefungsian optima individu dari aspek fizikal. mental, sosial dan ekonomi. Perkhidmatan ini meliputi peringkat hospital dan komuniti dengan menggunakan aktiviti-aktiviti teraputik sebagai medium rawatan.

Objektif

Membantu pesakit agar dapat berdikari ke tahap yang optima semasa menjalankan aktiviti seharian yang meliputi aspek fizikal, sosial, psikososial dan mental bagi pesakit dalam hospital dan juga di komuniti; dan
Menyediakan kemudahan latihan dan pembelajaran berterusan untuk anggota, pelatih-pelatih Pemulihan Carakerja dan lain-lain kumpulan rawatan yang ditempatkan di unit ini.

Perkhidmatan

Pemulihan di Unit Pemulihan Carakerja diterajui oleh seorang Pegawai Pemulihan Perubatan (Carakerja) Gred U41 dan Jurupulih Perubatan (Carakerja) Gred U38 seorang, Gred U36 tiga orang, Gred U32 empat orang dan Gred U29 dua puluh orang serta dibantu oleh 21 orang Pembantu Perawatan Kesihatan.

Skop Pemulihan Carakerja ialah mengikut pelan rawatan individu yang dikenalpasti mengikut proses kerja yang ditetapkan bagi mencapai kualiti perkhidmatan yang ditetapkan di dalam ISO. Perkhidmatan yang telah diberi termasuk:-

  • Penilaian awal dan spesifik
  • Penilaian Kefungsian Kerja
  • Penilaian Domestik
  • Pemulihan Aktiviti Seharian
  • Pemulihan Kognitif dan Tingkahlaku
  • Latihan Kemahiran Kerja
  • Program Penempatan Kerja
  • Pemulihan Domestik
  • Pemulihan Psikososial
  • Pemulihan Dalam Komuniti

Aktiviti-aktiviti

Sepanjang tahun 2023, rawatan pemulihan melibatkan pesakit dijalankan dengan intervensi spesifik mengikut keperluan setiap pesakit yang dirujuk. Selain daripada itu, terdapat beberapa aktiviti yang dilakukan dengan menggabungkan pesakit dari wad yang berbeza bagi mencapai keperluan pesakit yang dirujuk.
Aktiviti-aktiviti ini dijalankan di dalam kawasan hospital dan juga di kawasan-kawasan sekitar Perak.

googlemap1

HOSPITAL BAHAGIA ULU KINTA
31250 Tanjung Rambutan
Perak Darul Ridzuan

  05-5332333
   hbuk@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

004521
Today: 99
This Month: 4,521
Last Month: 5,586
This Year: 4,521
Total: 51,464

Tarikh Kemaskini

  • 15 Januari 2025

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video