my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

   preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Rawatan Pesakit Luar Klinik Pakar

Pengenalan

Pengenalan

Rawatan Pakar Psikiatri berperanan memberi penilaian dan rawatan psikiatri pesakit luar, penilaian dan rawatan psikologi dan kaunseling untuk pesakit luar dan dalam. Perkhidmatan tersebut dikendalikan oleh Pakar Psikiatri dan Pegawai Perubatan serta Ahli Psikologi dan Kaunselor dengan sokongan Jururawat.Purata pesakit luar yang mendapatkan rawatan ini adalah seramai 913 pesakit setiap bulan.

Objektif

Menentukan pengurusan pesakit dari segi penilaian, perawatan kaunseling dan psikoterapi dijalankan mengikut keperluan. Memberi pendidikan mengenai penyakit mental kepada pesakit dan keluarganya dan juga rawatan serta langkah-langkah pemulihan yang dijalankan bagi pesakit-pesakit luar di Hospital Bahagia Ulu Kinta.

Perkhidmatan Rawatan.

  • Klinik Pakar Psikiatri.
  • Perundingan oleh Pakar Psikiatri dan Pegawai Perubatan untuk kes rujukan baru dan kes rujukan susulan dengan temujanji.
  • Klinik Walk-In.
  • Setiap hari waktu kerja bagi rujukan baru dan pesakit lama yang gagal mematuhi temujanji atau mengalamai 'relapse' atau masalah lain.
  • Pemberian Suntikan Bulanan / Pemeriksaan ECG Dan Darah Setiap Hari Bekerja.
  • Perkhidmatan Hal Ehwal Agama Islam.
  • Perkhidmatan memberi tarikh temujanji untuk kes-kes yang Discaj dari wad & Unit Komuniti Psikiatri.
  • Memberi temujanji pada kes rujukan JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) untuk ujian IQ.
  • Klinik Pesakit Luar Untuk Anggota.
  • Quit Clinic.
  • Health Screening untuk anggota yang berumur 40 tahun ke atas.
  • Klinik Pembedahan sekali sebulan.
  • Klinik Pakar Perubatan sekali sebulan.
  • Lawatan Pakar Psikiatri ke Hospital-hospital yang dilawati:-

       - Hospital Kampar
       - Hospital Kuala Kangsar
       - Hospital Sg. Siput
       - Hospital Batu Gajah

  • Lawatan Pakar Psikiatri ke Klinik Kesihatan :-

       - Klinik Kesihatan Manjoi
       - PSR Kg. Simee
       - Klinik Kesihatan Pasir Pinji
       - Klinik Kesihatan Gopeng
       - Klinik Kesihatan Kampar

  • Perkhidmatan Pembelajaran & Promosi Kesihatan Mental:-

       - Pakar Perunding Psikiatri & Pegawai Perubatan melibatkan diri dalam Program Latihan Dalam Perkhidmatan di Hospital Bahagia.
       - Pakar Perunding Psikiatri dan Pegawai Perubatan terlibat dalam memberi ceramah berkaitan kesihatan mental di sekolah-sekolah dan juga semasa lawatan sambil belajar ke Hospital Bahagia.
       - Memberi latihan kepada anggota kesihatan dari kesihatan primer. - Memberi ceramah dalam konferen dan juga agensi bukan kerajaan.
       - Pakar-pakar Perunding Psikiatri memberi tunjuk ajar kepada doktor pelatih dan juga Post Graduate.

 

Aktivit-aktiviti

  • Penyelidikan Klinikal
  • Kajian dijalankan oleh Pakar Perunding Psikiatri Kanan dan Pakar Perunding Psikiatri. Semua Jururawat U29 yang bertugas di Klinik Pakar sebagai 'Study Nurse'.
  • Pembelajaran Berterusan (CME) :-

       - Menghadiri seminar, symposium dan konferen.
       - Tayangan video atau ceramah oleh penceramah jemputan dari dalam dan luar Negara berkaitan rawatan terbaru untuk penyakit mental anjuran Pertubuhan Pendidikan Perubatan Anggota HBUK.

  • Mesyuarat Mingguan Klinikal dan Mortality Review

       Diadakan pada setiap hari Selasa pada jam 9.00 pg - 10.00 pg.

  •  Kelas Psychoeducation

       Setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 2.30 ptg - 3.30 ptg di bilik CRT.

googlemap1

HOSPITAL BAHAGIA ULU KINTA
31250 Tanjung Rambutan
Perak Darul Ridzuan

  05-5332333
   hbuk@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

004487
Today: 65
This Month: 4,487
Last Month: 5,586
This Year: 4,487
Total: 51,430

Tarikh Kemaskini

  • 15 Januari 2025

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video