Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sebagaimana ketetapan Pekeliling Perkhidmatan sumber Manusia (MyPPSM) Ceraian UP.7.2.3 mengenai Etiket Pakaian dan Penampilan Pegawai Awam di bawah perenggan 5, Jadual 1 (iii): Pakaian Pegawai Lelaki Ketika Menjalankan Tugas dan perenggan 8, Jadual 2 (ii): Pakaian Pegawai Wanita Ketika Menjalankan Tugas, pemakaian baju batik adalah diwajibkan pada setiap hari Khamis dan digalakkan dipakai pada setiap hari bekerja sebagai alternatif kepada pakaian pejabat.
3. Pemakaian baju korporat pula digariskan di perenggan 13 Ceraian UP.7.2.3 bahawa Ketua Jabatan boleh membenarkan pegawai memakai baju korporat atau baju kerja lapangan (field-work) pada hari tertentu untuk tujuan tertentu semasa bertugas.
4. Walau bagaimanapun, berikutan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 1 April 2026 yang telah menetapkan agar suhu penyaman udara di ruang pejabat Kerajaan diselaraskan kepada suhu minimum 24ºC sebagai langkah penjimatan tenaga, Kerajaan menggalakkan pegawai memakai baju batik mengikut ketetapan Ceraian UP.7.2.3 sebagaimana dinyatakan di perenggan dua (2) surat ini. Pegawai juga dibenarkan memakai baju korporat setiap hari kecuali pada hari Khamis. Namun, ketetapan ini adalah dikecualikan bagi pegawai yang disyaratkan memakai pakaian seragam.
5. Segala kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Datuk Seri/Dato’ Seri/Dato’/Datin Paduka/Dr./Tuan/Puan, dalam perkara ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.


