my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Dasar Kualiti & Polisi

DASAR KUALITI HOSPITAL TAIPING

Kami adalah komited untuk menjadikan Hospital Taiping sebagai sebuah Institusi perubatan yang cemerlang dengan menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan serta berusaha untuk membuat penambahbaikan secara berterusan dan kepatuhan yang konsisten terhadap sistem pengurusan kualiti

 

DASAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN
Kementerian Kesihatan Malaysia
Adalah menjadi dasar Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memastikan semua pekerjanya dan orang-orang lain yang mungkin terlibat dalam aktiviti-aktivitinya berada di persekitaran kerja yang sihat dan selamat.
 
Pihak pengurusan dan pekerja bersama-sama berusaha untuk mencapai matlamat dasar ini melaui rundingan dan kerjasama yang berterusan.
 
 
Dasar Kementerian Kesihatan Malaysia
Menyediakan dan menyelenggarakan suatu tempat kerja yang sihat, selesa dan selamat dengan mengambil kira kehendak undang0undang mengenai keselamatan dan kesihatan seperti yang ditetapkan dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, peraturan-peraturan dan tata amalan- tata amalan yang diluluskan.
 
Memastikan kesihatan dan keselamatan pekerja diberikan penarafan yang seimbang dengan pencapaian dan produktiviti organisasi.
 
Menggalakkan penyertaan anggota dalam aktiviti keselamatan dan kesihatan pekerjaan melalui Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
 
Mengutamakan aspek kesihatan dan keselamatan dalam perancangan dan penilaian semua projek, operasi dan pembelian.
 
Memastikan semua pekerja diberi maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan berkenaan cara menjalankan tugas mereka dengan selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan.
 
Memastikan semua kontraktor yang menjalankan kerja setiap masa mematuhi peraturan kesihatan dan keselamatan yang ditetapkan.
 
Melaporkan dan menyiasat setiap kejadian berbahaya dan kemalangan yang boleh dan telah menyebabkan kecederaan atau penyakit-penyakit pekerjaan.
 
Memastikan fasiliti-fasiliti kesihatan mematuhi standard minima bagi keselamatan dan kesihatan persekitaran.
 
Menyediakan kemudahan-kemudahan kebajikan asas bagi semua pekerja termasuk peralatan pencegahan dan keselamatan diri, dan
 
mengkaji semula dasar ini dari semasa ke semasa.
 
Kementerian Kesihatan Malaysia yakin kecemerlangan dan kejayaan program dan aktivit-aktivitinya dapat dicapai sepenuhnya melalui amalan budaya kerja sihat dan selamat di kalangan pekerjanya.

googlemap1

HOSPITAL TAIPING
Jalan Taming Sari
34000 Taiping, Perak Darul Ridzuan

  05-8204000
   htaiping@moh.gov.my

Web Display

For better experience please use: 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
with resolution 1366 x 768

Mobile Web

Image

Total Visitors

053153
Today: 133
Total: 53,153

Latest Update

  • 06 April 2026

SITEMAP   |   DISCLAIMER   |   PRIVACY POLICY   |   SECURITY POLICY   |   FAQs   |   SUPPORT

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video