my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Perutusan Pengarah

 

Drkhuzaini

Selamat melayari Laman Web Hospital Taiping,Perak. Hospital ini adalah salah satu hospital daerah yang moden dan lengkap bagi memberi perkhidmatan perubatan kepada penduduk daerah Taiping serta menjadi rujukan bagi klinik-klinik yang terdapat di daerah ini. Hospital Taiping ini merupakan hospital daerah yang kedua terbesar di negeri Perak.

Seiring dengan teknologi terkini, Hospital Taiping telah berjaya membangunkan laman web yang dapat mengeratkan hubungan dengan masyarakat yang boleh dilayari tanpa had dan sempadan. Segala pertanyaan, kemusykilan, aduan dan komen boleh dilakukan secara atas talian.

Laman web ini juga boleh dilayari bagi mendapatkan maklumat berguna berkenaan dengan bbayaran serta aktiviti semasa di Hospital Taiping. Bukan sahaja untuk warga tempatan atau kakitangan sahaja malahan warga asing juga boleh melayari laman web ini bagi mendapatkan maklumat terkini tentang bayaran dan maklumat tentang Hospital Taiping.

Pandangan dan cadangan amat-amat dialu-alukan bagi penambahbaikan laman web Hospital Taiping. Semua ini akan menjadi peniup semangat kepada semua anggota Hospital Taiping untuk melaksanakan kerja dengan lebih efisien dan lebih berdaya saing bagi melahirkan anggota Kementerian Kesihatan yang cemerlang dari segala aspek.

Kami akan berusaha memberi perkhidmatan yang terbaik khususnya kepada masyarakat di daerah ini dan memastikan taraf kesihatan masyarakat dapat ditingkatkan dan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan sejajar dengan maksud visi, misi Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga visi, misi Hospital Taiping.                                    

Sekian, terima kasih

 

DR. KHUZAINI BIN ABD KARIM
Pengarah Hospital Taiping

googlemap1

HOSPITAL TAIPING
Jalan Taming Sari
34000 Taiping, Perak Darul Ridzuan

  05-8204000
   htaiping@moh.gov.my

Web Display

For better experience please use: 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
with resolution 1366 x 768

Mobile Web

Image

Total Visitors

053153
Today: 133
Total: 53,153

Latest Update

  • 06 April 2026

SITEMAP   |   DISCLAIMER   |   PRIVACY POLICY   |   SECURITY POLICY   |   FAQs   |   SUPPORT

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video